|
Bonjour! ![]() Strive for your dreams, Work hard to get what you like, Otherwise you'll be forced to just like what you get. Tagboard ![]()
|
Harap duniamu indah bila aku disingkirkan Berjanjilah untuk terus berbahagia setelah melepaskan aku. Kau telah melepaskan beban yang paling berat dalam hidupmu. Kau jangan risau aku tidak pernah menempatkan nama mu dimana-mana nama yang paling aku benci untuk diri aku. Keputusan kau menjadi perkara yang paling akan aku hormati. Sesuai dengan perjanjian yang aku patrikan dari awal yang akan support semua hal yang kau pilih dan akan aku iyakan jika itu yang terbaik untuk kau. Walaupun aku berjanji, aku banyak kali berpesan, aku tidak akan menyulitkan dunia kau, tolong bawa aku sekali untuk kita jalan bersama walaupun ianya berat, aku akan sehabis baik membantu dengan kedua-dua belah tangan, bahu yang memikul dan kaki yang melangkah. Kau hanya perlu percaya pada aku. Kehendakku hanya ingin teman kau mengharungi beban tersebut bersama-sama. Tapi, kau hanya menyingkirkn aku. Adakah sebab kau tidak percaya pada aku? Adakah setiap keluhan aku diringini doa membuatkan kau makin terbeban? Dalam hati aku yang paling dalam, aku cuma nak selalu ada disamping kau, aku nak dianggap berguna bukan beban. Keputusanmu tetap hal yang tak boleh aku olah kerana aku telah berjanji. Tetapi kau menyerah dan kau menyingkirkan aku. Untuk diri kita berdua, dimanapun takdir untuk kita nanti aku berharap, aku boleh melihat kebahagiaan atas semua usahamu. Dengan melepaskan aku, semoga hidup kau lebih indah dari masa dimana aku dan kau.
|