Owner Post Them Follow Dash



YAya IEdayah
YAya IEdayah;

Bonjour!



Strive for your dreams, Work hard to get what you like, Otherwise you'll be forced to just like what you get.

Tagboard

Speak clearly, if you speak at all; Carve every word before you let it fall



Heartbreak at 30


Breaking up isn’t the same as it when 18. At 30, a breakup doesn’t just end a bond. It shakes a story, plans and the future i thought was meants to be. 

It’s doesnt hurt like before. It hurts differently. 

Because now i know what’s at stake. Im no longer 22 with all the time in the world. The clock feels lounder now. Whispering that im late, that i should have already found the love, the security, the family i once dreamed of. 

And suddenly, i have to starting over. Wiser, but with fewer answers.

Im cry quietly, wondering if i’ll ever meet someone again? But even in the emptiness, i keep going, breathing, healing and beginning again. And deep down, i know… that love begins with me.


#Part 2: Dia yang terakhir tapi tidak


Kenapa dia yang terakhir? Sebab masa dengan dia aku dah tanam dalam hati, dia adalah harapan terakhir aku selepas gagal yang pertama. Aku memang nak kawin dengan dia. Sebab sebelum bermula serious selepas pertunjukkan bunga api aku tanya dia betul-betul “ Betul ini kita sampai halal dan kahwin? Ayg akan betul kawin dengan orang? Orang dah umur dari ayg, ayg betul mampu?. Dia yang menyakinkan aku sampai akak ros sepupu dia pun tahu benda itu. 

Tapi harapan tu dah musnah. Musnah sampai hilang separuh jiwa. Disebabkan kehilangan dia, aku resign KKM dan pergi ke seberang untuk cuba untuk buat kerjaya yang baru. Sebab aku rasa tak sanggup, kalau aku masih berada di JB mungkin aku akan start kereta dan menagis merayu untuk bertanya kenapa dia sanggup buat aku macam tu. 

Aku buang semua socmed, kecuali tiktok untuk hiburan. Aku tutup rapat hati aku untuk semua orang.  Bukan aku tak redho tapi aku takut untuk cuba dan gagal lagi. Untuk masa sekarang aku cuba belajar untuk pulih sendiri walaupun sakit aku tetap kena jalan sebab dia pun sedang mencuba dengan yang baru :)

Perpisahan tu, banyak mengajar aku. Mengajar aku untuk ikhlas, hormat. Sebab tu aku totally pergi. Sebab aku tahu cinta tu tak seharusnya memiliki. Aku cuma berserah pada Allah, andai dia bukan jodoh aku, aku doakan dia dapat jodoh yang baik. Jauh dari sudut hati, aku berharap dia adalah jodoh aku. Kita boleh meminta tapi Allah sebaik-baik perancang.

Hati aku mati terlalu kecewa. Biarlah aku tak berkahwin, aku ada kerjaya, aku boleh dengan diri sendiri. Entah sampai bila hati ini akan tertutup. Aku cuma nak sembuh dengan cepat rasa kecewa dan luka tanpa bantuan sesiapa dalam hidup aku. Aku memang akan sunyi, tapi kalau itu yang terbaik akan aku ikuti alor kehidupan.

Untuk dia, aku tak dendam atau benci sebab aku dah penat. Aku cuma boleh pesan kat dia. Aku ada kat sini, aku berharap dia berjaya. Aku mendengar semua harapan dan impian dan aku selalu support. Aku selalu cuba untuk mencapai impian dan hobi dia. Dan, kalau dia berjaya aku akan melawat dia tanpa ada sikit pun saki baki perasaan aku pada dia. Aku ikhlas dan redho.

Tipu tak sedih. Aku kena belajar terima hakikat itu.