Owner Post Them Follow Dash



YAya IEdayah
YAya IEdayah;

Bonjour!



Strive for your dreams, Work hard to get what you like, Otherwise you'll be forced to just like what you get.

Tagboard

Speak clearly, if you speak at all; Carve every word before you let it fall



Luahan



Dulu lepas aku gagal selama 2 tahun bercinta dengan si guna tu, aku memang sangat berjanji dan tekad sampaikan aku berdoa kt Allah.

“ Ya Allah, kau tolong la tekad dan tutupkan la pintu hati aku untuk tidak terima sesiapa pun untuk masuk kedalam hati aku, kedalam hidup aku. Hati dan hidupku sudah berkecai ya Allah, sakit hati ni tak tertanggung. Penat mata ini selalu menagis. Penat otak ini berfikir dimana salah aku, dimana usaha ku yang tidak aku korbankan sehinggakan aku dipijak dan dihina di sakiti oleh lelaki yang aku cinta, oleh keluarga lelaki yang telah aku berjanji untuk menjaga. Apa kurangnya usaha aku sehinggakan maruah aku diabaikan oleh lelaki yang aku sayang. Cukup Ya Allah aku dah penat.”  

Hari-hari aku rasa sakit, berat untuk terus hidup sampaikan aku tak thu mana aku nak letak campak hati yang sakit ni. Dan akhirnya aku relakan diri ini sembuh dengan sendiri, tanpa memandang atau tanpa mengantikan mana-mana pun lelaki. 

Dan pada ketika aku cuba ajar hati aku untuk tidak berpaut dengan kata-kata lelaki, aku mengenali diri dia. Aku cuba untuk terima diri dia yang berjanji takkn sakitkan hati aku dan dia juga sama mengutuk lelaki yang menghancurkan diri aku. Permulaan yang meragukan tapi dia berjaya menyakinkan bahawa diri dia bukan seperti si tak guna itu. Aku bahagia dengan apa yang dia janjikan, apa yang dia perlakukan. 

Sebelum aku bertemu dengan dia, sepanjang perjalanan dari JB ke Baling aku berdoa.

“ Ya Allah, betul ke kau temukan aku dengan si dia? Betul ke kau rasa dia yang tepat untuk aku setelah aku mengadu pada mu bertapa hancurnya aku. Lelaki ini ke yang kau temukan untuk aku? Lelaki ini ke yang sahabat-sahabat ku doa untuk aku? Kalau betul dia ya Allah tolong permudahkan perjalanan aku bertemu dia ya Allah.”

Usai sampai aku di homestay, semasa semua kawan-kawan aku beradu untuk kumpul tenaga. Aku dengan penat seharian berdoa dan berfikir, sehingga berulang kali aku bertanya pada hati. “ Betul dia yang kau suka? Betul ke dia yang kau pilih setelah kau hancur?”

Akhirnya, aku yakin untuk start enjin kereta dan pergi tempat dia berkerja dengan setinggi harapan aku. Dan time tu aku cuba untuk yakin. Dia yang hati aku pilih atas sebab pegangnya kata-kata dia pada aku. 

Malam tu walaupun aku penat tapi aku gembira sebab aku fikir dia la yang terakhir walaupun aku tahu akan banyak proses yang akan aku lalui, tapi kalau betul dia jodoh aku, maka akan aku tunggu prosesnya hingga berjaya. 

Sepanjang hari bersamanya aku gembira, hati aku terubat, ianya seperti retakkan itu tertutup tanpa ada cacat cela. 
Hingga satu hari, hati aku hancur lagi sekali dek sebabkan dia ingin menunjukkan dia benar-benar setia tapi malangnya, ada tersimpan satu penipuan. 

Lagi sekali, aku menyangkal tapi bukti cukup kuat sehinggakan aku sendiri yang mencari bukti dan aku yang membaca semua isi kandungan antara dia dengan perempuan itu. Hati aku rapuh, hati aku hancur lagi sekali. Aku seperti tak percaya, rupanya dia sama saja seperti yang lepas. 

Tapi, setelah dia berjanji tak buat lagi, dia meminta maaf atas khilafnya, aku cuba menutup retakkan yang mulanya telah sembuh tapi retakkan itu tidak sempurna. 

Salah aku juga, selepas kejadian itu aku selalu bersangka buruk, tiada lagi kepercayaan aku pada. Sehinggakan mungkin dia juga sudah penat. Aku terlampau kecewa sehingga aku sendiri merosakkn hubungan aku dengan dia. Aku melukai dia dengan fizikal dan mental. Aku jadi tidak normal, aku cuba untuk tetap positif tapi tidak boleh. 

Aku berharap walaupun agak lama untuk tunggu dia berproses berjaya dan dewasa aku akan tetap menunggu sebab aku dah berdoa pada Allah yang dialah imanku dan jodohkuu. 

Sekarang kami berdua dah berpisah atas permintaan dia. Aku terima tapi hati aku sakit. Setiap hari aku rindu, setiap hari aku tidur dengan memori yang tersimpan. Aku menagis dalam tidur dan berharap aku akan jumpa dalam mimpi. 

Aku masih berharap dan berfikiran positif. 

“Mungkin dia sedang berjuang untuk berjaya, selepas ini dia pasti akan kembali untuk aku, untuk halalkan aku.”

Dan kini, aku hanya melihat gambar dan meluahkan bait rindu bila melihat memori itu. Aku juga tidak mencari, semua socmed aku cuba padamkan. Aku sudah penat. Aku hanya disini. Sendirian hanya diri aku dan kehidupan aku yang perlu aku teruskan, kerjaya aku yang perlu aku tingkatkan. 

Jika dia dengan yang lain tidak mengapa lah, aku terima saja kerana dia pun masih muda. Untuk aku, jika tiada jodoh aku dengan sesiapa pun aku tidak mengapa. Aku tetap akan teruskan hidup.