Owner Post Them Follow Dash



YAya IEdayah
YAya IEdayah;

Bonjour!



Strive for your dreams, Work hard to get what you like, Otherwise you'll be forced to just like what you get.

Tagboard

Speak clearly, if you speak at all; Carve every word before you let it fall



Mahukan sederhana tapi cukup


Aku pernah gagal bercinta, dan hampir rasa mahu mati.
Sakit yang selalu ada, menjerut semua perasaan sehinggakan aku merasakan mungkin aku takkn pernah berpeluang untuk rasa yang sebetulnya cinta dan kasih sayang.

Aku selalu memberikan yang aku rasakkan itu yang terbaik. Salah aku juga kerana meminta balasan setiap apa yang aku beri. Tapi aku cuma meminta balasan yang hanya sederhana tak perlu sebesar apa yang aku beri. Itu pun masih susah untuk aku dapat. 

Sehingga kini, aku merasakan bahagia itu hanya sementara. Aku berharap dengan memberi perasaan yang besar untuk sekali lagi selepas apa aku lalui, aku cerita dan dia yang mendengar dan menjanjikan.

Pada permulaan aku mempercayai itu takkn terjadi lagi. Tapi aku silap, ianya terjadi lagi. Dan itu takkn pernah sembuh. Aku menagis sekali lagi, aku merasa ketakutann sekali lagi. Bila aku cuma mengatakan bahawa benda itu sakit dan aku masih terasa terjerat dengan luka yang lama dan telah sembuh. Kini ianya terjadi lagi dan lagi. Ianya hanya mengakui tapi tidak menenangkan. Hanya maaf dan maaf berulang kali. 

Aku cuba memahami, dia untuk berubah. Ya. Memang berubah tapi masih tidak cukup untuk mententeramkan hati dan jiwa ni. Masih diberikan rasa yang tergantung tak pasti. 

Aku mahu kepastian. Aku sudah cukup lama tunggu. Dia hanya mampu cakap “Fahami lah dia, fahami lah ekonominya.” Aku cuma cakap aku memahami sangat faham. Dalam memahami aku cuma mahu tanya satu soalan, dengan fahami semuanya adakah tidak terasa akan memberi sedikit balasan. Bukan wang atau barang. Hanya perlukan sedikit balasan masa dan perhatian.

Kenapa masa dan perhatian? Dan bukan wang atau barang?

Masa dan perhatian itu lebih mententeramkan jiwa yang dulunya sakit luka tapi tak terlihat mahupun berdarah. Masa dan perhatian itu lebih menyakin bahawa hanya aku yang dia perlu juangkan dan tak perlu memberi ruang dan peluang pada yang lain (wanita lain). 

Aku juga berusaha untuk kita. Aku lagi memikirkan kita. Tapi adakah dia memikirkan kami? Aku hanya nampu berharap cintanya untuk aku. Ruang dan masanya hanya untuk aku bukan yang lain.