Bonjour! Strive for your dreams, Work hard to get what you like, Otherwise you'll be forced to just like what you get. Tagboard
|
Masa: Lelah melebarkan sayap Dulu aku tidak pernah merasa sehancur ini. Mungkin kerana aku masih kecil hanya tahu bermain saja. Tidak tahu apa-apa erti kehidupan. Tidak tahu peritnya kehidupan. Tidak akan pernah tahu lelahnya badan dan akal fikiran apabila yang mahu dicapai tidak tergapai. Semasa remaja pula. Hati aku kuat memberontak, Mahu cepat-cepat ke alam dewasa. Supaya boleh bebas kemana saja tanpa ada yang menghalang. Setelah dewasa. Aku merasakan aku silap dengan tanggapan aku sendiri. Aku fikirkan menjadi dewasa akan lebih berkuasa. Dewasa yang aku sangkakan, aku boleh melebarkan sayap bebas tanpa batasan. Tapi aku silap. Rupanya aku masih tinggal didalam sangkar. Hanya mengepakkan sayap yang sederhana didalam sangkar. Sampai bila sayap ini akan melebar aku sendiri tidak tahu. Masih buntu. |