Owner Post Them Follow Dash



YAya IEdayah
YAya IEdayah;

Bonjour!



Strive for your dreams, Work hard to get what you like, Otherwise you'll be forced to just like what you get.

Tagboard

Speak clearly, if you speak at all; Carve every word before you let it fall



Surat Teruntuk Kamu


Teruntuk kamu, Jika dengan menangis itu mampu menenangkan hatimu yang remuk, maka menangis.
 
Jika dengan menangis itu mampu memadamkan sedikit rasa gusar didalam hatimu itu, 
menangislah. 

Kau layak menangis, kau layak untuk meluahkan segala rasa yang kau alami. 

Maafkan aku, Walaupun aku teruntuk kamu, 
Aku tidak tahu sebesar mana masalahmu 
Dan aku tidak tahu apa yang terjadi dalam hidupmu pada waktu sekarang. 

Tetapi jika tidak dengan aku, 
Aku berharap kau meluahkan rasa sakit itu kepada mereka yang benar-benar kau percaya. 
Luahkan perasaan berat yang selama ini kau pendam pada Tuhan yang maha mendengar. 
Jika penduduk bumi tidak mahu mendengar rasa gusarmu, masih ada Tuhan dan penduduk langit setia menunggu untuk mendengar segala rasa yang kau pendam. 

Sepanjang perkenalan kau dan aku.
Aku tahu kau seorang yang kuat. 
Aku tahu kau adalah seorang yang hebat. 
Tuhan pilih kau untuk melalui fasa yang sulit ini pada masa sekarang agar pada masa akan datang, kau akan lebih matang dan menjadi manusia yang kuat. 

Fasa dewasa itu sangat memeritkan.
Ada masa kau akan bangun dengan gembira dan ada masa kau jatuh tersungkur. 


Akhir kata, maafkan jika suratku ini tidak mampu menyenangkan hatimu tetapi aku berharap kau tidak mudah putus asa dan sentiasa kuat dalam mengharungi segala ujian. Moga kau sentiasa dibawah lindungan-Nya. Aamiin. 

Teruntuk Firdaus Hassan