Bonjour! Strive for your dreams, Work hard to get what you like, Otherwise you'll be forced to just like what you get. Tagboard
|
Fresh Graduate Dah Dapat Kerja
Oleh kerana dah lama sangat aku tak update blog adalah dalam 2 tahun jugak. Hahaha. Blog aku ni pun dah macam banyak sawang labah-labah. Aku bukan tak nak tulis blog ni, tapi bila jari jemari aku ni pegang je keyboard aku terus blur.. dia macam..." Eh apa aku nak tulis aek? adududuh..". Lagi pun aku bukannya yang jenis suka sangat nak menulis tapi biasalah masa zaman-zaman tak matang semua benda nak cuba.. Kadang-kadang ada je aku buka blog tapi aku just baca post aku yang lama-lama dan baca cerita-cerita yang ada dekat reading list. Bila baca balik cerita-cerita yang aku publish rasa macam kelakar la pulak dengan cerita yang tah apa-2 itukan.. Tapi tak pe aku bukan nak cerita pasal publish-publish aku yang kelakar-kelakar tu. Aku nak cerita yang aku telah menjadi fresh graduate yang dah dapat kerja.. huihuihuihui
Biasalah bila ada permulaan mesti ada pengakhirankan. Macam tu jugak kita belajar.. Bila kita dah struggle selama 2 tahun setegah / 3 tahun lebih... Kita akan ada sesi menamatkan tahun belajar.. Jadi 2 bulan sebelum habis belajar tu aku dah fikir apa aku nak buat lepas habis belajar ni. Banyak jugak la aku hantar resume-resume aku yang aku banggakan tu di company-company yang membuka kerja kosong.. tapi tak dapat apa-apa panggilan. Jadi lepas habis Latihan Industri aku terus membawa diri ke tempat lahir ku iaitu Negeri Johor... Lama jugak la aku menjadi petani yang berjaya menghasilkan tanaman anggur. huhuhu.. Dalam 1 bulan lebih gitu.. Tapi sambil-sambil aku tanam anggur tu aku tak la membongkang je kat rumah. Aku cari kerja-kerja yang berada di sekitar bandar Pontian.. Bila jalan-jalan cari kerja.. Aku tak nampak satu pun papan atau kain bentang yang menunjukan Jawatan Kosong.. Aku pun merasa hampa.. Yela duduk rumah bukannya dapat duit pun nanti nak beli apa-apa sengan la mintak Ibu Abah kan? Bila aku dah hampir give up sekali anak kawan ibu cakap dekat giant nak guna perkhidmatan Human Resource. Aku pun macam.. " weyh weyh weyh !!! Serious ar... " Dengan tak langsung esoknya aku terus pergi isi form kat giant... Bukan giant je ada kerja kosong tapi dekat kilang pun ada kerja kosong office jugak.. Kerja kilang tu aku dapat tahu dari mak kawan aku yang dah memang terjalin dari aku sekolah rendah lagi. Anak dia kerja kilang tapi bahagian maintenance apatah.. Aku lupa.. Jadi tanpa membuang masa dan berlengah esok aku ajak Yat teman aku pergi IV.. Aku niat kalau tak ada bahagian office kat kilang tu aku amik QC je la. Sekali bila nak masuk bilik interview tu dengan perasaan gugup tu.. Rupa-rupanya hah sedara aku yang IV aku dah .. " nice weyh nice.." So aku melangakah dengan berani dan yakin.. Bila dah jumpa dah berbual BlaBlaBla.. Dia kata, "Kat sini ada nak guna genaral admin clerk so boleh la akak cucuk-cucuk bos suruh amik awak.. Awak tunggu dalam seminggu kalau tak dapat call dari pihak kilang ni maksudnya awak tak ada rezeki kat sini" and aku be like reda dengan ketentuan yang Allah bagi. Aku tanam sifat ada rezeki ada tak ada tak adalah la.. Seminggu jugak aku menjadi babysitter kepada anak buah aku. pada 22/03/2018 aku dapat dua panggilan pertama dari giant dan ke dua dari Kilang.. Tapi giant tu dia tak cakap aku dapat kerja dia just suruh hantar resume balik by email. Aku pun okey la. Belah nak mahgrib pulak Kilang yang call kata aku dapat second IV bos nak jumpa pada hari isnin yang jatuh pada tanggal 26/03/2018.. and yeay ... Dah siap IV dengan bos tu aku dapat kerja.. bahagia la aku sebab aku bayangan situasi office aku macam aku LI dekat Uda Dayaurus SDN BHD. Bos suruh aku start kerja 2/04/2018. Aku okey la sebab kena take time nak get ready situasi baru.. Aku pun On... Bila balik rumah aku dah macam " Abah Ibu yaya dah dpaat kerja yeay ...." Malam tu jugak aku dah mencongak gaji aku nak beli apa, bayar itu ini. hahahaha.. Belum kerja lagi dah mencongak gaji. Itu la seketul yaya pantang pasal duit ada jea idea yang dia nak buat dengan duit tu. Tapi walauapapun.. Aku harap aku dapat kekal sikit dekat kilang ni dalam department admin clerk. Tapi kalau boleh aku nak kerja dekat giant senang sikit, balik senang, cari makan senangkan.. Walauapapun tunggu laaa sampai berapa lama aku nak stay dan bertahan di kilang ni. Hari ni hari ke 6 i kerja sini so Doakan I guys.. huhuhu.. XOxo |