Owner Post Them Follow Dash



YAya IEdayah
YAya IEdayah;

Bonjour!



Strive for your dreams, Work hard to get what you like, Otherwise you'll be forced to just like what you get.

Tagboard

Speak clearly, if you speak at all; Carve every word before you let it fall



HR STEAK HOUSE TIDAK MENCAPAI TQM !




Siapa je tak tahu  HR STEAK HOUSE Kampung Baru tu dekat mana kan? Sebenarnya nak buat review peribadi sikit pasal HR STEAK HOUSE tu. Memandangkan aku adalah orang kampung yang belajar di kota raya yang besar. So aku pun tanya la member-member aku makan yang best dan paling sedap kat KL ni. 

Semalam birthday aku. * yeay ! dah 19 tahun, ubah-ubah lah perangai tu ye yaya* . Tapi semalam tak sambut sebab memasing jauhkan. Tapi hakak aku duk Shah Alam, kira jauh lakan duit minyak bagai. So malam ini, hakak and abang I datang sebab nak bawak pergi makan sempena nak sambut birthday I. Then hakak I tanya nak pergi makan mana, oleh kerana Ramai jugak yang dok suggest HR STEAK HOUSE tu best. I pun ajak la, sebab kalau tak sekarang bila lagi nak merasa kan. 

First time datang memang teruja gila, sumpah teruja gila.  Sampai amik gambar depan pintu gerbang lagi. 
aku and anak buah aku

Bila nak nak oder makanan ni, abang dan akak aku pun tanyalah mana best dan apa ada dalam makanan tu. Pelayan tu boleh jawap nak tanak sampai dia boleh cakap " kejap ae, jap lagi saya datang balik." Aku, abang & akak, aku pun  tunggu la bukan main lama sekejapnya tu, sampai orang yang sekeliling kitaorang dah sampai makan atas meja and menjamah makanan lagi. Aku bengkrek, aku pun pangil pelayan lagi satu. Dah siap pakai main oder jelakan, akak aku pun cakap " Tadi saya dah oder makanan, pastu orang tu tak datang--datang" . Pelayan kedua boleh main lagi cakap " Awak cakap oder lambat" . Dengan muka macam slamber je.

Weyh ! mana tak lambatnya, kitaorang nak makan mesti nak tahu apa yang ada dalam makanan tu. Sebab tu tanya banyak soalan. Kalau pakai oder then tak sedap kan rugi. hish !

Datang makanannya bukan main lambat lagi.


Nampak makanan bukan main sedapkan. Tapi sebenar-benarnya makanan ni sejuk seperti dah dimasak lama. Tak rasa panas pun. Hishh... Dalam square four ada gak lah orang bagi comment yang buruk-buruk pasal HR STEAK HOUSE. Bukan sorang dua tapi ramai sampai tak tahu berapa banyak mai..

Bagi aku HR STEAK HOUSE tidak mencapai TQM pelanggan. Tapi bagi korang tak tahu pulak macam manakan. Okey la sampai sini je. bubye...

Ouh lupa pulak sesiapa yang tak tahu TQM tu apa, sini saya nak bagi tahu.

TQM ( Total Quality Management) bermaksud Pendekatan sesebuah organisasi untuk mencapai tahap kepuasan pelanggan.