Owner Post Them Follow Dash



YAya IEdayah
YAya IEdayah;

Bonjour!



Strive for your dreams, Work hard to get what you like, Otherwise you'll be forced to just like what you get.

Tagboard

Speak clearly, if you speak at all; Carve every word before you let it fall



Cinta

Assalamualaikum ~


Cinta itu banyak pengertian, tapi bagi aku cinta adalah Kawan sejati. Orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalimu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
Oleh itu jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan rupa paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat memusnahkan. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah ibarat kata orang "Setiap bunga mawar pasti ada durinya".

Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya. Dan jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu tetapi. apabila ada yang datang, jangan biarkan ia berlalu pergi dan jika esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.
'' Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari. Kemudian dia datangkn pula guruh & kilat, puas kita menangis mencari matahari itu. Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkn kita pelangi yang indah.

nie hanyalah cOpy semata NESCAFE Okey :D



Labels: