Owner Post Them Follow Dash



YAya IEdayah
YAya IEdayah;

Bonjour!



Strive for your dreams, Work hard to get what you like, Otherwise you'll be forced to just like what you get.

Tagboard

Speak clearly, if you speak at all; Carve every word before you let it fall



Oh Eiffel , I Am In Lurve

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

cerita yang paling best , aqw suka baca cerita nie taw , s0 sweet !

Orang kata kota cinta dunia ialah kota Paris. Tom Cruise pun melamar Kate Holmes dekat Eiffel Tower! Aku? Eiffel Tower? Menara Kuala Lumpur pun aku tak pernah naik lagi. Jangan nak berangan lah kau nak dilamar dekat Eiffel Tower lah bengong.. Siapa nak bayar duit tiket kau? Lainlah kalau kau tu bercinta dengan jutawan! Cett.. jutawan muda bawah 35 tahun, single and available… mana ada dekat Malaysia beb?? Kalau ada pun, dah disapu dek artis-artis tu. Apa pasaii dalam kepala otak aku ni duk terbit nama Fasha Sandha pun tatau??

“Meen, cepatlah Meen!”

“Hishhh… nak mengelamun pun tak boleh.” Aku bangkit dari tempat duduk dan mengikuti si Laila. “Apa??” tanya aku.

“Cepatlah wehh… nanti orang ni balik, kita tak siap berkemas lagi biliknya.” Laila sudah kelam kabut.

Haihhh… apa masalah lah minah ni! Sudah menjadi kerja kita sebagai housekeeping, kemas sajalah. Kalau dia balik, kita katalah kita tengah kemas biliknya. Aku masih boleh releks lagi. Part aku membasuh bilik air sudah, menukar cadar katil pun sudah… Si Laila ni terhegeh-hegeh, vacuum karpet pun lembab! Bukan sehari dua buat kerja rencam macam ni, bertahun dah!

“Barang-barang dia kelas betul lah! Beg LV tu.. entah berapa belas ribu. Gila.. jam Omega macam ini boleh letak rata-rata…” ujar aku.

“Cepatlah jangan diusik!!” marah Laila.

Aku keluar ke troli aku, membebel-bebel. Aku sedang mengambil tuala baru hendak diganti dengan tuala lama. Tiba-tiba, ada seseorang yang lalu di hadapan bilik suite itu.

“Ya, encik? Apa boleh saya bantu?” tanya aku.

Lelaki itu berdiam diri sahaja. Dia mencucuk-cucuk masuk kad itu, tak boleh. Tak nyala lampu hijau, merah sahaja dari tadi. Nampak mencurigakan! Dia ni tak pernah masuk hotel ke apa?

“Encik!! Kalau encik cuba mencuri masukk… saya.. sayaa panggil security guard!!” jerit aku.

Berlari Laila ke luar melihat aku.. mungkin akibat terkejut dengan jeritan aku itu.

“Ehh cik cikkk….” Lelaki itu cuba menutup mulut aku.

“Lailaa.. dia ni cuba menceroboh!” Aku menolak tangannya.

“Ini kad saya.”

Laila mengambil kad itu.

“Wehh.. ini kad nombor bilik ni lah. Betul lah ni!”

Gluppp!! Aku termalu sendiri.

“Maaf encik.. kawan saya ni.. tak berapa nak betul!”

“Tak apa.. Tapi kenapa tak boleh masuk ya?”

Laila cuba sekali lagi. Tak boleh juga!

“Encik kena ke kaunter sekali lagi. Kalau kad ini letak dengan handphone, memang tak boleh berfungsi.” Terang Laila.

“Ohh terima kasih cik.”

Lelaki itu berlalu.

“Hishh gila kau ni.. lain kali tengoklah dulu. Nasib baik dia tak saman kau kata kau menyerang dia.”

“Dialahhh punya pasal! Sombong tak tentu, nasib baik handsome. Tapi kalau handsome perangai begitu, buat apa… Kalau handsome macam…”

“Saya?”

Glupppp!! Lelaki di hadapan aku buat aku terdiam.. Errkk.. mana muncul?

******

Aku tak boleh nak lelap! Laila sebelah aku dah mengerohhh macam esok dah tak boleh tidur. Aku rasa aku baru saja bercakap dengan dia, dia dah hanyut! Hampeh betul. Aku tak boleh tidur ni bukan pasal apa, pasal mamat semalam. Gila mamat tu, sama gila dengan handsomenya! Kalau Tom Cruise handsome, dia pun lebih kurang sama. Huhh.. lagi gila aku dengan Tom Cruise dalam cerita Top Gun!

“Errkk… maaf Encik. Kita orang lambat kemas. Lagi sikit saja ni, harap dapat tunggu.” Ujar Laila cepat-cepat masuk dan siapkan kerjanya.

Aku tercegat di situ. Erkk.. tak torah! Apa aku nak buat tadi.. hah.. towel!! Aku ambil tuala baru dan gantikan yang lama. Kemudian aku ambil beberapa sachet gula, teh dan nescafe dan susun di atas meja.

“Gula lebih boleh?”

Aku tersenyum sahaja dan mengambil sedikit sachet gula dan letakkan di atas meja itu. Kemudian aku menolong Laila menyimpan vacuum dan aku buat sekali round, tengok apa yang tak okay..

Aku menghela nafas. Siapp!! Ini semua gara-gara mangkuk tadilahhh… menyusahkan aku! Manusia memang.. tak mahu salahkan diri sendiri, mesti nak menuding jari! Iskk manusia..

“Maaf encik, encik dah boleh masuk ke dalam bilik dah.” Ujar Laila penuh sopan.

Aku diam sahaja. Aku sebenarnya kaku.. aku takut silap cakap. Sudahlah handsome, kaya pulak tu! Huhh.. bertuah.. bertuah! Mesti ada awek punyalahhh… aku gerenti 110%!

“Saiful Azhar.”

“Erkk…” aku terkejut.

“Nama saya Saiful Azhar, nama cik berdua?” tanya Saiful Azhar penuh hemah.

Huhh.. pandai mak dia ajar tutur bahasa yang sopan. Tak sombong pun! Cakap lembut-lembut saja. Kalau client lain, aku tak siap kemas lagi, kalau kena tunggu, mahu kena maki! Lepas tu aku kenalah mengadap manager lelaki lembut aku kat bilik dia! Membebel kalahkan arwah mak aku pulak.

“Saya Laila…”

Laila menyiku tangan aku.

“Err… Yasmeen Nur.. Erkk.. Nur Yasmeen.”

“Baru tanya nama, dah tak reti nak sebut!”

Aku tergamam. Aku menoleh ke belakang.. siottt!! Mamat tadi mengata aku.

“Macam tak pernah duduk hotel, kunci pintu pun tak boleh nak bukak!” perli aku.

“Hotel cikai macam ni lah..” ujarnya pula kemudian terus masuk ke dalam bilik itu.

Uikksss siottt!! Mengata tempat aku mencari rezeki, ini sudah lebih!! Tengoklah besok, satu gula pun aku tak bagi. Gerammm…

Saiful Azhar hanya tersenyum.

“Terima kasih cik berdua.” Ujarnya.

“Kerja kami, Encik Saiful.” Ujar Laila.

“Have a pleassure staying here, sir.” Ujar aku.

Saiful Azhar tersenyum lagi. Lesung pipitnya timbul kiri dan kanan. Aduhhh gugur jantung aku. Cepat kutip Yasmeen.. nanti kang kau hilang nyawa! Heh.. Saiful Azhar lantas masuk ke dalam biliknya, aku dan Laila menolak troli kami ke bilik lain pula. Banyak hari ini client yang nak check out!

Tiba-tiba…

“Cik Yasmeen…”

Aku menoleh. Saiful Azhar memanggil aku.

“Nak teh lebih ke?” tanya aku. Tadi minta gula, kot lah nak teh lebih pulak!

“Ehh.. tak lah. Yang ada tu dah cukup..”

Saiful Azhar mendekati aku. Aku agak kaget! Tetiba masuk sinetron Indonesia pulakkk! Jantung berdebar-debar. Laila sudah masuk ke dalam bilik yang mahu dikemaskan. Iskk Laila ni… cepat sangat.. Aku dah gigil ni!

“Kalau awak tak kisah, dinner dengan saya malam esok?”

Eerrkkk… Aku tersentak!

“Memang dia tak kisah pun Encik Saiful!” sampuk Laila sambil tersengih. Muncul di saat aku memerlukan tapi ayat tu tak boleh blah!

“Pukul 8.00 malam dekat lobi ya?”

Gluppp!!

Huhhh… Yasmeen, apalah yang akan jadi malam esok?

******

Pagi itu aku bekerja seperti biasa, oleh kerana Kak Mah sakit perut dan terpaksa bercuti sakit, aku kena ambil tugas mengelap lantai di lobi. Selalu benar Kak Mah ni sakit perut. Nak kata nak beranak, perut sahaja membesar, isinya kosong! Nak kata salah makan, badannya keremping sahaja! Aku rasa dia mesti ada sakit lain. Heh, nasiblah Kak Mah oii.. orang suh pi hospital tak mahu pi!

Aku meletakkan papan tanda caution wet floor dekat jalan menghala ke pintu lif di lobi. Aku pun kenalah berhati-hati juga memandangkan aku pun pakai kasut licin! Haihhh… manalah ada duit nak beli kasut mahal sikit. Inipun aku beli bundle saja kat Gerbang Malam. Duit yang ada aku nak kumpul untuk sambung belajar. Maklumlah, takkan aku nak jadi cleaner seumur hidup aku. Keputusan SPM aku bagus, tapi yang menghalang untuk aku sambung belajar adalah kekangan kewangan. Ala.. abah pun kerja apa lah sangat! Kelindan lori… adik beradik nasib tak ramai dan boleh berdikari. Adik aku yang nombor dua, Nur Yasmeena tu dekat USM, ambil perubatan. Tak lama lagi nak habis dah. Adik aku yang akhir, Mohd Yaseer sudah tahun akhir diploma kejuruteraan di UiTM. Bersyukur sangat, hasil kerja aku ini membuahkan keberkatan pada adik-adik aku. Alhamdulillah… sekarang ini, bertahun aku nak mengasah karat dekat otak, nak belajar balik demi sebuah sijil! Hajat hati nak belajar tentang hotel management. Bolehhh… Yasmeen boleh!

Bedebukkk!!

Aduhhh…

Dia tiba-tiba duduk di atas aku! Dia memandang aku, aku memandang dia.. tergamam dan terkejut!

“Adoiii makkk…”

Sakit kepala aku! Benjol ke apa ni… Aku menyapu kepala aku. Lelaki itu cepat-cepat bangun. Dia membetulkan bajunya. Aku masih terbaring, merengkot! Sakit gilaa jatuh atas lantai! Mahu pening sebulan…

“Sorry!”

“Awak tak nampak ke, saya letak caution area ni…”

Dia membantu aku bangun!

“Meen… are you okay??” tanya Encik Shahzan dengan gaya auwnya itu.

“Errkkk… saman dia!” jawab aku.

“Kenapa saya pula!”

“Awak jatuh atas saya.”

“Awak yang mop lantai ni basah! Apa guna mopnya..”

“Saya kan dah letak tanda amaran tu!”

“Saya customer.. Customer always right!!”

“Err… sabar-sabar Encik Eiffel.. Perkara macam ni kita boleh bawa bincang!” ujar Encik Shahzan yang berada di tengah-tengah kami.

Encik Eiffel? Apa ke pelik nama tu… bukan Eiffel tu nama menara Eiffel dekat Perancis tu ke? Entah macam mana aku jadi pening… pening teramat sangat! Mungkin aku bangun terlalu cepat, sakit di kepala, tidak hilang lagi… dan akuuu…

Collapsed..

“Meen!!!” jerit Encik Shahzan.

“Cik Yasmeen??”

Aku sudah tidak sedar…

******

Aku celik mata, aku sedar-sedar aku sudah dekat hospital. Uikks… dah pukul berapa ni? Aku melihat di luar tingkap, sudah agak senja. Alamakkk… aku dah lewat! Aku dah janji dengan Saiful Azhar! Aku mahu bangun…

“Ehhh… nak pergi mana?”

“Nak balik!” ujar aku.

“Ehhh.. tak boleh balik!” Eiffel menghalang aku.

“Kenapa pulak?” tanya aku.

Encik Eiffel yang melanggar aku tadi, menghalang aku dari bangun.

“Awak gila ke? Awak pengsan dekat separuh hari, awak nak balik pulak! Awak tahu tak awak ni siapa?” tanya Eiffel.

“Errkk.. mestilah tahu. Nur Yasmeen Mohd Yaseen.” Jawab aku.

Aku memandang Eiffel di hadapan aku. Aku nampak mamat ni.. kecik besar kecik besar saja ni! Ada juga kena pelempang percuma! Takkan lah aku tak tahu siapa aku?

“Tengok jari saya ni, sekarang berapa?”

“Saya tak ada masa nak buka kelas matematiklah.”

Eiffel mengeluh.

“Awak ni degil betul lah!” marah Eiffel.

“Saya ada janji. Saya nak keluar dari sini. Lagipun saya tak ada duit nak bayar bil hospital!”

“Tak apa…”

Aku menyampuk katanya!

“Apa tak apa! Lain kali kalau saya jatuh ke tertonggeng ke.. masuk dalam hospital kerajaan saja…” marah aku!

“Tak sedar diri betul! Orang dah tolong…” bebel Eiffel.

Aku sudah berbaring. Geramm dan mengetap bibir.

“Jangan pergi mana, saya nak panggil doktor. Kalau doktor kata boleh balik, baru balik! Kalau ada apa-apa nanti, saya rasa bersalah pula.” Marah Eiffel. Dia lantas keluar memanggil doktor.

Aku duduk tercongok di situ. Gila! Berapa agaknya kos sebilik ni… Mana aku nak cekau duit ni?

“Meeennnnn….” jerit Laila.

Aku tersentak!

“Lailaa… Nasib kau ada. Aku nak keluar.”

Eiffel masuk ke dalam bilik sambil mengelengkan kepalanya. Aku melihat dia, langsung tak jadi nak buat apa.

“Tengok kawan awak ni, degil. Saya tak bagi, dia nak juga. Kejap lagi doktor datang. Kan saya kata… doktor kata okay, baru boleh balik!”

“Saya dah janji dengan Saif…”

Laila tersenyum.. “Jeng jeng jenggg….”

“If you cant go dinner… let dinner come to you!” suara itu muncul. Saiful Azhar tersenyum menyenget di muka pintu dengan sekotak pizza hut!

Aku tergamam. Gila!

******

Puas aku merayu kepada doktor, yang aku tak ada apa-apa! Sihat walafiat dan tidak juga hilang ingatan. Aku masih mengingati janji yang aku buat dengan Saiful Azhar dan juga masih kenal di tangan aku, sekeping pizza hut! Walaupun aku tak berapa lalu nak makan, demi susah payah Saiful Azhar ke hospital itu, aku telan jugalah. Akhirnya aku dibenarkan keluar juga. Peliknya, bil hospital sudahpun di bayar. Bila aku tanya siapa, nurse tu kata Eiffel.

“Eiffel? Siapa ek?” Aku mengerut dahi.

“Mamat yang tolong kau masuk hospital tu lah…” ujar Laila.

“Erkk.. betul lah nama dia Eiffel. Aku ingat aku silap dengar.” Ujar aku sambil menggaru kepala aku yang tak gatal itu.

Aku memandang Saiful Azhar di sebelah aku. Tenang sahaja aku lihat dia, sibuk dengan I-Padnya. Aku sebenarnya tidaklah mahu menyusahkannya untuk menghantar aku sehingga ke rumah. Rumahlah dekat ceruk! Seganlah pulak. Tapi dia insist sangat… aku nak kata apa. Drebarnya di hadapan tekun membawa kereta menuju ke rumah sewa aku dan Laila. Laila pula sibuk menunjukkan jalan ke situ.

“Kenapa saya?” tanya aku.

Aku memandang Saiful Azhar.

“Kenapa apa?”

“Kenapa dalam banyak perempuan yang ada dalam Malaysia ini, awak pilih saya?” tanya aku, nak tahu jugak-jugak.

Yelahh.. kalau aku fikir logik, mana ada orang tiba-tiba nak makan dengan aku dan sanggup pulak datang hospital semata-mata sudah berjanji dengan aku. Tak ke kerja gila! Orang kaya sanggup buat macam ini kepada aku yang hina dina ini.. waduhhh puitis syahdu pula.

Saiful Azhar tersenyum sahaja.

‘Aihhh mamat ni! Orang tanya, dia pi sedekahkan senyuman pulak! Ingat ini kempen senyum satu Malaysia ke?’

“Rahsia. Cukuplah kalau awak ada dekat dengan saya.”

Gluppp!! Aku terdiam.

Sampai sahaja di rumah… aku jalan pun tak berapa nak betul, bila Saiful Azhar kata, esok dia nak jumpa aku lagi. Adakah dia betul? Aku pelik. Sesungguhnya lelaki ini sungguh misteri bagi aku.

“Kau rasa Laila, apa yang dia lihat pada aku?”

Laila menjungkit bahunya. Dia sibuk melantak saki baki pizza hut yang tidak habis di hospital tadi. Lapar betul! Walhal dia makan paling banyak.

“Manalah aku tahu. Kau ada letak pemanis kot?”

“Gila! Mana ada aku nak pakai benda-benda tu.”

“Dah tu, kalau tak pakai, mana ada semut datang tiba-tiba?”

Aku terdiam. Yang pasti aku pun bingung! Tak mungkin cinta pandang pertama… tapi orang kata cinta itu gila! Tak mustahil juga…

******

Aku datang kerja macam biasa esoknya. Aku mengemas bilik macam biasa dengan Laila. Hari ini ramai yang datang bertanya khabar kepada aku. Aku hanya tersenyum sahaja. Ada yang sempat memuji mamat handsome yang mengangkat aku tempoh hari ke hospital. Kata mereka, mamat tu hampir nak membuat CPR kepada aku. Mereka kata, kalau buat CPR hari itu, memang mereka semua nak pengsan juga! Huhh… aku kata mereka ni gila!

Mamat handsome mana lagi kalau bukan Eiffel! Orang yang membantu aku itu tetapi sampai sekarang, aku masih tidak ucapkan terima kasih kepadanya.

“Aku nak jumpa Encik Eiffel kejap, kau temankan aku ek?”

“Bila? Sekarang?”

Aku mengangguk-angguk.

“Tadi aku nampak dia dekat pool.”

“Adehhh… takkan aku nak jumpa dekat pool plak?”

“Aku dengar lagi dia nak check out hari ini.”

“Hah! Alaa… kita syif pagi saja. Jomlahh teman kejap! Pool pun pool lah..” ujar aku.

Sedang aku menarik tangan Laila, hendak menuju ke tingkat 2, aku dan Laila bertembung dengan Encik Shahzan. Ala, masa ni pula dia suruh Laila membantunya! Aku terpaksa berkejar sendirian berjumpa dengan Eiffel. Masalah betul! Banyak benar yang menghalangnya pula.

Aku sampai ke kolam renang. Aku mencari bayang-bayang mamat tu. Sekali aku nampak, susuk badannya yang baru keluar dari kolam renang. Seganlahh pulak member pakai seluar kecil je!

“Encik Eiffel!”

“Ya, saya.”

Dia mengelap badannya dengan tuala hotel itu. Aku buat-buat tak pandang, badan ketak-ketaknya yang perghhh… gila mantap. Kalah Remy Ishak! Kalau Remy Ishak lalu sekarang ni pun, aku buat tak tahu saja. Segannya Ya Allah! Tuhan sajalah yang tahu.

“Terima kasih pasal semalam.”

Eiffel tersenyum. “Saya ingat awak dah terlupa pada saya.”

“Lupa??”

“Yelah, lepas orang kaya lagi handsome tu bawakan dinner untuk awak.”

Aku mencebik.

“Awak ingat saya kelupoq sangat ke?” aku mula nak marah!

“Manalah tahu, kalau awak tu jenis perempuan yang macam tu! Pantang tengok lelaki dahi licin, poket lebat!”

Selamba badak saja mamat ni bercakap dengan aku begitu! Muka saja harap kacak, tapi mulut bau longkang!! Menyakitkan hati aku sajaaa…

“Errkkk… bercakap dengan awak ni, lagi menyakitkan hati saya sajalah!” aku mahu berlalu.

Eiffel menarik tangan aku.

“Berhati-hati sikit!”

“Apa!” Aku menyentap tanganku. Hishh apa ni pegang-pegang!

Aku mahu lalu juga, sekali…

“Makkkk….”

Eiffel sempat menyambut aku dari belakang. Aku hampir tersungkur. Mata bertentang mata! Aku tergamam.. entah kenapa otak aku seperti menyanyi lagu Fabulous Cat.. mata ke mata ke hati hati ke hati bicara bibir… uikksss sedarrr Yasmeen!!

“Awak lalu tempat bersabun.”

Aku segera bangun dari pangkuannya, menolak badan sasa kepunyaannya itu. Hishh.. tak pasal saja! Malu.. malu gila! Gila pun tak malu macam aku sekarang ni. Tulah, degil yang membawa padah.

“Husin!!! Kau ni lap lah tempat ni betul-betul! Aku hantar bangla balik baru tahu…” Aku segera memarahi Husin, yang menjadi cleaner dekat kolam renang itu. Cover! Cover malu.

Eiffel tersengih, dia mengekori aku dari belakang.

“Terima kasih!”

“Sama-sama kasih…”

“Kenapa ikut? Saya tak jatuh dah…” ujar aku.

“Siapa nak ikut? Orang nak balik bilik… perasaan!”

Adeh malu lagi!!

“Hah baguslah balik terus…”

“Siapa kata nak balik terus?”

“Bukan nak check out ke?”

“Siapa kata? Hotel ni saya punya, suka hatilahh saya nak keluar bila pun!”

Errkkk… aku terdiam, aku memandang dia.

“Kenapa? Tak percaya?”

Aku mengerut dahi!

“Apa?? Awak ingat Saiful Azhar tu saja yang kaya??”

Aku terkena lagi! Kali ini aku berlalu… lebih laju! Malas nak layan lah mamat tu. Tapi.. betul ke dia pemilik hotel ini? Baru-baru ni nama hotel ni tukar kepada Eiffel Hotel.. erkk.. memang nama hotel Eiffel! Tapi betul ke dia punya??

******

Syif aku dah habis. Aku mahu segera pulang! Dah tak laratlah, badan pun dah sakit-sakit. Aku nak paksa Laila picit belakang aku kejap, sure boleh terlena ni. Aku menuruni lif. Terserempak dengan mamat yang aku.. aku… haiihhh malas nak cakap! Takut darah tinggi.

Perihal dia owner hotel tempat aku kerja ini, aku dah check dengan Encik Shahzan. Encik Shahzan memang kata dia owner. Aku agak terkejut juga! Nampak dia macam selekeh dan tak bergaya langsung, rupa-rupanya dia pemilik hotel ini malah banyak lagi cawangan yang lain. Aku agak kagum juga! Dia agak muda dan sangat berjaya. Tapi mulut tu aku tak boleh nak tahan… Rupa-rupanya dia baru saja ambil alih daripada owner lama. Patutlah aku tak kenal dia!

“Balik?” tanya Eiffel.

“Hemm…” jawab aku acuh tak acuh.

Aku malas nak cakap, aku takut aku melawan. Maklumlah, dia bos aku!! Bos yang tak serupa bos. Owner tuuu… huhh..

“Maaf sebab tadi saya cakap yang awak bukan-bukan. Mungkin awak bukan seperti itu.”

“Tau takpe..”

“Awak maafkan saya tak?” tanya Eiffel.

“Hemm…”

“Ikhlas ke tak?”

“Hemm…” aku malas nak cakap banyak!

“Kalau ikhlas, belanjalah saya makan malam esok!”

Aku mengerut dahi. Aku maafkan dia, aku pula yang kena belanja makan.

“Kalau saya belanja, awak mungkin tak sudi.” Ujarnya.

“Kenapa suka sangat berfikir bagi pihak saya? Saya belum jawab apa-apa, awak dah ada jawapan untuk saya. Awak PA saya ke?” ujar aku.

Eiffel tergelak.

“Saya sukalah awak marahhhh.. macam harimau tak makan sebulan!”

Erkkk… dia niii!!! Aku berharap sangat, lepas aku keluar dari lif ni, lif ni meletupp!

Tingg!! Lif itu berhenti. Susuk tubuh yang aku kenal, masuk ke dalam. Saiful Azhar tersenyum.

“Jumpa lagi di sini, sihat? Saya ada cari awak tadi. Sibuk ya?” tanya Saiful Azhar.

“Sihat! Biasalah cleaner macam saya ni.” Ujar aku.

Eiffel di tengah-tengah aku dan Saiful Azhar, dia buat-buat macam tak kisah aku dan Saiful Azhar berbual.

“Nak balik?” tanya Saiful Azhar.

“Iya, penat sikitlah.” Jawab aku. Rasa tak selesa pula mangkuk ni duk di tengah-tengah antara aku dan Saiful Azhar.

“Okay, kalau macam tu, take a rest. Esok malam, keluar dengan saya, jom? Saya nak awak tunjukkan keadaan malam di Ipoh ni! Tak lama lagi saya nak balik KL dah.” Ujar Saiful Azhar.

Eiffel serentak memandang aku.

“Errr… Maaflah wak. Bukan saya tak mahu, tapi saya ada janji.”

“Ohh.. boyfriend?”

“Ehh… bukann…”

“Habis tu siapa?”

Eiffel memandang aku lagi, tersengih-sengih. Eiii… menyakitkan hati aku!

“Mangkuk!”

“Hah??”

“Takk… kawan.”

“Ohh.. its okay, nanti free, kita jumpa ya. Ada benda saya nak cakap dengan awak, Meena err.. Meen.” Ujar Saiful Azhar.

Meena?? Heh.. silap cakap tu! Tu nama adik aku! Aku mengangguk-angguk sahaja. Apa agaknya benda dia nak cakap ya? Bunyi macam serius ja.

Sampai sahaja di lobi, pintu lif terbuka. Mereka berdua memberikan aku laluan dahulu, aku mengucapkan terima kasih. Aku menuju ke tempat punch kad.

“Balik?” tanya pakcik Ismail.

“Balik lah pakcik Ismail. Saya mengantuk gila dah ni!” ujar aku pada pakcik Ismail, pak guard dekat hotel itu.

Aku punch kad aku, termasuk kad Laila. Laila dah tunggu dekat lobi dengan motornya. Nampak macam nak hujan, itu aku nak cepat-cepat. Aku melambai-lambai dekat pakcik itu. Lepas tu, si sibuk tu pun sibuk juga hendak melambai.

“Jumpa esok!!” jeritnya.

Aku mencebik.

Haihhhh… kalau dah jadi rebutan tu, nak buat macam mana kannn… Uiks terperasan pulak aku ni!

******

Tengah hari itu, aku membersihkan bilik Saiful Azhar. Kebetulan bila aku sudah siap mengemas, dia pun balik ke biliknya. Kebetulan juga aku dah habis syif! Banyak betul kebetulannya. Akhirnya, dia mengajak aku makan tengah hari dengannya dan Laila terpaksa balik ke rumah tanpa aku hari tu.

Suasana makan tengahari hari itu, tak ada lah romantik macam mana pun. Tapi Saiful Azhar menempah tempat agak tersorok sikit. Dia kata dia banyak benda nak cakap dengan aku! Haihh.. tengahari dating dengan orang lain, malam nanti janji dengan mangkuk tu pula. Aku tertunggu-tunggulah apa pula dia nak menyakitkan hati aku nanti. Hari ini seharian tak jumpa Eiffel. Kalau tidak ada saja mukanya, berlegar-legar depan muka aku! Senyuman nakal dia tu menyebabkan aku sakit hati! Uikss.. sakit hati boleh teringat-ingat ke Meen? Kau ni biar betul! Jatuh rindu kah? Sampai tercari-cari??

“Yasmeen. Saya nak cakap sikit dengan awak.”

“Bunyi macam serius?” ucap aku.

“Ini perihal hidup atau mati.”

“Memang sangat serius!” Aku dah berdebar! Asal hidup dan mati saja aku dah menggelabah!

Saiful Azhar tersenyum sahaja.

“Saya nak confess dekat awak Meen.”

“Confess??”

“Saya, saya suka dekat awak, Yasmeen. Saya hendak awak menjadi kekasih saya Meen. Saya nak hubungan kita kekal sehingga perkahwinan, boleh tak Meen?” ujar Saiful Azhar, serius!

Aku tergamam. Aku mencubit pipi aku! Aku tak mimpi kan ni… Mamat ni? Biar betul!

“Kalau awak bertanya awak sedang bermimpi atau tidak.. awak tidak bermimpi, Meen.”

Aku terdiam.

“Kenapa saya?”

“Cinta pandang pertama, Meen.”

“Macam tak percayalah.”

“Betul Meen. Saya suka awak, pertama kali saya jumpa awak, saya sudah jatuh hati.”

Aku mengerut dahi. Cara cakap macam ikhlas, hati? Manalah aku tahu, rambut sama hitam, hati lain-lain!

“Saya tak percaya cinta pandang pertama.” Ujar aku.

“Bagilah saya peluang Meen! Awak akan tahu betapa ikhlasnya hati saya kepada awak.” Saiful Azhar memegang tangan aku. Dia mengenggamnya! Dia mahu aku tahu bersungguhnya dia terhadap aku. Aku jadi terharu.

Di luar.. aku terpandang seperti orang memandang. Aku menoleh… errkk Eiffel! Aku menarik tangan aku serta merta…

“Saya fikir dulu.”

Saiful Azhar tersenyum. Aku membalas senyumannya.

Aku menoleh keluar semula, Eiffel dah tak ada di situ. Errkk.. kenapa hati aku rasa berdebar? Dan kenapa aku jadi bersalah? Kenapa aku seperti hendak mengejar lelaki bernama Eiffel itu…?

******

Malam itu aku tunggu di lobi. Gara-gara nak menyahut cabaran mamat ni, aku belanjalah juga dia tu. Penat aku fikir aku nak bawa makan mana. Aku agak makan dekat DBI tu sudah.. gaji baru dapat tapi cukup-cukup makan saja. Aku dah masuk tabung aku separuh, aku kan nak sambung belajar balik. Itu lebih penting daripada membazir nak belanja orang teruk-teruk.

Aku dengan T-shirt putih dan berseluar jeans, sempoi sahaja gaya aku. Aku malas hendak bergaya! Tapi bukan orang sejati Perak namanya.. kalau tak bergaya! Heh.. Aku menunggu punya tunggu.. akhirnya dia datang dengan kemeja dan berseluar pendek.

“Sorry lambat, ada visitor.” Ujar Eiffel, wajahnya serius sahaja tak macam selalu.

Erkk… betulkah dia nampak aku tadi?? Kalau dia nampak pun.. peduli apa?!

“Jom…”

“Awak nak bawa saya makan dekat mana?”

“DBI…”

“Okay, naik apa?”

“Motor. Situ sesak, nak parking susah.” Ujar aku.

“Saya bawa, awak peluk saya.” Ujar dia. Dia minta aku kunci motor aku.

“Errkk… saya bukan sehari belajar bawa motor. Jalan dekat Ipoh ni, macam ”

“Tangan orang lain awak boleh pegang, takkan pinggang saya, awak tak boleh nak peluk?”

Uiks.. perli aku kah ini? Ada yang makan tayar motor percuma saja ni!

“Pembetulan ya Encik Eiffel… dia yang pegang tangan saya. Bukan saya yang terhegeh nak pegang dia.” Ujar aku. Dia nampak rupanya? Dia cemburu kah? Kenapa nak cemburu pulak?

“Tapi awak boleh elak dari dia pegang kan?” tanya dia.

“Malas nak cakaplah!”

“Awak suka kan? Dia pegang awak?” tuduh dia!

“Kalau saya suka, kenapa?” sengaja aku menguji dia!

“Sebab saya tak suka!” ujar Eiffel.

Pulakkk!!

“Awak kalau sehari tak menyakitkan hati saya tak boleh ke?”

Eiffel tersenyum sahaja. Sengaja nak bagi aku naik angin!

Akhirnya aku yang bawa motor itu dan dia membonceng aku. Peluk?? Tak ada maknanya… aku cubit lengannya! Menjerit jugalah dia. Sampai di gerai kegemaran aku, aku cepat-cepat cari meja yang selalu aku port. Abang tu memang dah tahu aku, asal aku duduk saja, dia dah siapkan char kuey teow aku… dan limau ais. Huhh!! Memang terbaik.

“Awak ni regular customer ke?”

“Awak ingat saya ni siapa… Kalau saya tak datang, tak maju kedai ni!”

Eiffel ketawa. Dia pun memesan seperti aku juga. Cuma dia lebih gemarkan teh o ais.

“Apa mamat tu cakap pada awak sampaikan awak terpesona dengan kata-kata dia.. sampaikan mulut ternganga.. punyalah suka!”

Erkk…

“Kenapa saya perlu cerita dengan awak pulak?”

“Sebab saya bos awak. Saya kena tahu!”

Macamlahhh dia tau semua masalah staf dia? Mehh aku uji dia!

“Kak Mah tu mengandung?” tanya aku.

“Mana ada… dia ada ketumbuhan dalam rahim. Tu perut dia membesar!” jawab dia.

Wahhh tahu ni! Aku uji lagi…

“Awak tahu, pakcik Ismail punya bini…”

“Kanser tulang? Tahu…”

“Awak tahu Laila punya bapa…”

“Kahwin lagi? Tahu…”

“Awak tahu… Husin tu…”

“Anak yatim? Tahu juga…”

“Encik Shahzan??”

“Gay? Memang ketahuan!”

Erkk… semua dia tahu ni…

“Apa kena mengena hal saya pun, kalau nak ambil tahu!”

“Saya boleh pecat awak sebab berhubungan mesra dengan pelanggan hotel!”

Pulakkk!!

“Jadi awak kena beritahu saya…” ujar Eiffel, tersenyum-senyum.

Ini blackmail namanya…

“Dia melamar saya jadi kekasih dia.”

Muka Eiffel berubah.

“Jadi?”

“Saya kata saya fikir dululah.” Aku menghirup air limau ais di hadapan aku. Aku memandang wajahnya yang seperti hampa!

“Erkk… awak nak terima?”

“Kalau awak pecat saya, saya kenalah terima. Yelahh dia kaya.. dia boleh support saya.. Sekarang ni, susah nak cari orang yang suka kita. Dah ada, terima sajalah. Awak sendiri pun cakap, saya ni perempuan yang macam tu! Ambil kesempatan kan…”

Aku sengaja mahu menduga dia. Walhal.. aku tak fikir apa-apa pun! Aku nak consult dengan Allah dulu. Aku dah cerita dekat abah, lepas aku jumpa si Saiful Azhar, aku terus call abah. Abah suruh aku sembahyang istiharah.. minta petunjuk. Malam ni baru aku nak buat.

“Kalau saya cakap awaklah perempuan paling bodoh yang saya pernah jumpa, awak marah tak?” tanya Eiffel.

Aku terkejut! Dia kata apa?? Dia nak kata aku apa!! Ni boleh menaikkan kemarahan berganda.

“Awak nak kata saya bodoh?? Apa sebab awak nak kata saya bodoh?”

“Bodoh kerana memilih orang yang bukan sayang pada awaklah!”

Pulak!

“Mana awak tahu dia tak sayang pada saya?”

“Saya tak tahu. Tapi yang saya tahu dia sayang awak bukan pasal awak. Dia sayang awak pasal benda lain yang ada pada awak!” ujar Eiffel.

“Ehhh awak ni jangan nak sebarang tuduh lah!”

“Awak tak percaya ke? Siapa tak kenal Saiful Azhar tu lah! Semua orang kenal dia. Dia tu masuk wad sakit jiwa berapa kali!! Orang kaya gila yang memang gila tahu!”

Panggg!! Aku menampar pipinya. Tak sangka aku, mulut mamat ini sangat celupar. Kalau tak suka pun, janganlah nak mengata yang bukan-bukan.

Eiffel memegang pipinya!

“Bodoh!” katanya.

Aku mengetap bibir.

“Kalau awak tak percaya, awak buat lah research sendiri. Nanti awak tahulah kepada tiba-tiba hari awak jadi sempurna!” ujar Eiffel dan terus berlalu.

Aku tergamam.

“Kalau apa yang katakan ini betul, awak kena belanja saya lunch esok!” ujarnya berpatah balik.. kemudian terus menahan teksi. Balik!

Aku mencebik. Tercegat dekat situ…

******

Aku tak puas hati! Malam itu, aku tak boleh nak lelap, gara-gara ayat-ayat si Eiffel itu. Awal pagi itu, aku curi-curi masuk ke dalam bilik komputer. Nak guna handphone, nak google pun tak jelas lagipun nak kena bayar, malaslah. Baik aku pakai kemudahan yang dah disediakan. Aku paksa Laila tengok kan di luar. Bukannya tak boleh pakai komputer, tapi masalahnya waktu kerja, mana boleh bersuka ria pula. Nanti Encik Shahzan nampak tak pasal saja aku kena potong gaji. Disebabkan aku nak tahu juga-juga, ini semua pengaruh si Eiffel tu lah, aku melanggar semua peraturan tu.

Aku taip nama Saiful Azhar Datuk Saiful Azham kemudian aku tekan butang search. Puppp!! Keluar berderet! Glamer juga mamat ni. Aku scroll dan aku mencari-cari artikel surat khabar mengenai dirinya… dan aku terpana pada satu artikel itu!

“Cepatlahhh wehhh!!” jerit Laila.

“Sabaq lahh wehh…” marah aku.

Aku membaca artikel itu perlahan-lahan.

“Tunang Saiful Azhar, Yasmeena meninggal dunia di tempat kejadian!” Aku melihat gambar wanita itu.. Glupppp!! MasyaAllah, macam muka aku! Aku terkejut. Aku terus cetak artikel itu dan segera berlalu. Yasmeena.. macam nama adik aku.

“Jom!”

“Mana artikel tu?” tanya Laila.

Aku memberikan kepada Laila. Laila memandang aku!

“Huhhh gila sama!! Nama pun seakan-akan beb!”

“Patutlahh!!”

“Hemm patutlahh… betullah apa yang Eiffel cakap tu!” ujar Laila.

Aku geram! Eiffel tu mesti betul saja… menyakitkan hati betul!

“Sekarang apa kau nak buat?”

“Apa lagi, face to face lahh… Cinta aku konon! Memang sakit jiwa!” aku dah geram.

Penat sahaja menaruhkan perasaan, rupanya.. ada udang sebalik mee. Memanglah menaikkan kemarahan berganda macam ni. Nasib baik aku tak berikan hati aku yang suci lagi murni ni, kalau tak sure frust menonggeng!

“Sabor.. Meen!”

“Lembu saja boleh bersabar kalau macam ni punya gaya tau!”

Laila serupa nak gelak, tapi takut nak gelak! “Ikut suka kaulah…”

Aku terus ke lobi, Laila pula menyambung kerja yang terbengkalai tadi. Aku mencari-cari kelibat Saiful Azhar. Dada aku dah berombak-ombak menahan kemarahan. Ada juga yang aku gabungkan Ongbak 1, 2 dan 3 nihh berpusing Saiful Azhar, berani dia mempermainkan jiwa dan perasaan aku yang suci murni ni.

“Apa ni?”

Aku mencampakkan artikel itu dihadapan Saiful Azhar. Aku melihat dia dengan business partnernya, seperti sedang business meeting. Aku tak peduli! Aku nak tahu juga…

Saiful Azhar mengerut dahinya. Dia membaca artikel itu dan menghela nafasnya, dia memandang aku.

“Yasmeen, let me explain. Later.”

“Sekarang, now!”

“Saya ada kerja Meen.”

“Kalau macam tu, tak perlu explain. Saya faham!”

Aku beredar. Aku tinggalkan dia terpinga-pinga. Aku harapkan dia mengejar aku macam cerita dalam drama sabtu malam ahad kat TV3 tu… tapi dia tak ada pun! Aku jadi pasrah. Aku kini tahu siapa dia di hati aku, hanyalah bayangan tunangnya yang dah masuk 7 kaki dalam tanah tu. Bangang!! Berangan yang bukan-bukann… akhirnya aku yang terkelupoq sorang diri. Itulahhh… jangan nak menanam impian yang tahu akhirnya tak akan jadi kenyataan.

Bedebukkk!!

“Aduhhh…”

Aku tergamam. Aku menoleh. Aku dah terlanggar seseorang!

“Awak okay ke? Saya minta maaf!” ujar aku, aku cuba membantu makcik tua berpangkat nenek itu.

“Tak apa… kenapa cucu ni bersedih? Boleh nenek tahu?”

“Hemmm…” aku mengeluh! “Saya tak sedih, cuma saya ni sakit hati saja nek!”

“Ceritalah pada nenek, mana tahu nenek boleh bantu. Kalau tak boleh buat apa pun, sekurang-kurangnya mendengar dan memberi nasihat yang mana perlu. Sementara itu, bolehlah nenek duduk sekejap, sementara tunggu cucu nenek balik kerja. Nenek bosanlah…”

Aku serta merta teringat pada arwah mak tok aku! Aduhhh rindu nya…

“Okayyy… set!”

******

Entah mengapa, aku menceritakan segalanya kepada nenek itu. Seronok pula aku berborak dengannya! Nasib baik hari ini syif kerja aku dah tamat kalau tak Encik Shahzan mesti mengamuk tengok aku beramah mesra tak ingat dengan pelanggan ni.

“Orang macam tu tak payahlah cari, Meen.”

“Saya tak cari, dia yang cari saya nek. Patutlah saya pelik, kenapalah dia tetiba suka saya pulak! Rupanya ada benda lain.” Ujar aku agak hampa lah! Aku ingatkan orang suka aku sebab aku… rupanya ada benda lain.

Nenek itu tersenyum. Nenek tu namanya Sufiah Denevue, panggil nenek Sufi. Nenek Sufi ini sangat cantik orangnya. Macam orang Inggeris yang lama-lama tu! Entah kenapa aku tengok dia macam Natrah pula, memangpun asalnya dari England. Kalau tak, tak adalah namanya ada Denevue tu.. macam orang Perancis pulak!

“Orang lelaki, kadang-kadang setianya tak bertepi. Ada setengah pula, kubur masih merah dah ada pengganti!”

Aku tersengih. “Betul!” Aku sokong gila.

“Macam cucu nenek tu. Dia kata dia suka dekat seseorang tu, tapi sengaja mengusik dia, saja cari gaduh.” Ujar nenek Sufi.

“Kenapa buat begitu pulak?”

“Lelaki Meen. Memang suka cari pasal! Tapi sebenarnya, simpan perasaan. Sengaja hendak menguji.” Ujar nenek Sufi lagi.

“Ada sorang lelaki macam tu dekat hotel! Kalau dia tak beritahu Meen, mungkin saya tak tahu si Saiful tu suka saya kenapa. Tapiii dia tu betul-betul menjengkelkan. Sakit hati!” marah aku. “Tapi kan nek.. walaupun menjengkelkan, tapi kalau dia tak usik sehari.. macam tertunggu-tunggu pulak!”

“Saya minta petunjuk.. semalam.. saya duk nampak bayang-bayang lelaki lain pula! Background mimpi saya semalam… dekat kota Perancis, dekat Eiffel Tower nek!!” cerita aku lagi.

Nenek Sufi ketawa.

“Itu namanya cintalah tu! Allah dah tunjuk dah tu! Cinta dapat dekat Eiffel Tower kot?”

“Hishhh… saya suka saja. Tak ada maknanya bercinta. Dia orang kaya dan saya tak mahu tertipu buat kali ke dua. Biar saya cari pak guard macam pakcik Ismail tu, hati pun tak sakit nek..”

“Jangan cepat mengalah sayang. Kalau orang suka, terima saja. Kalau kita suka, kita kena beritahu. Takut nanti dia sebenarnya suka kita tapi dia takut nak cakap.. kita yang rugi.”

Aku terdiam!

“Macam cucu nenek tu, tak nak cakap, kan dah melepas. Apalah nasib dia tu! Susah nak sukakan orang, nak yang pelik-pelik saja. Mana nak cari perempuan yang berdikari sekarang ini Meen… Meen nak cucu nenek?”

“Saya?? Nenek jangan buat lawak nek!”

“Nenek berjumpa dengan atuk masa tu dekat Paris, dekat Eiffel Tower.”

Aku tersenyum mendengar ceritanya.. Sebut nama Eiffel Tower, aku sudah terbayangkan suasana romantisnya di sana.

“Masa tu, nenek hendak pulang ke Malaysia, mengikut orang tua berhijrah ke sana. Bapa nenek dulu, kelasi kapal. Sebelum pulang, tak sah kalau kita tak ucapkan selamat tinggal pada Paris dan tempat yang paling sesuai adalah di Eiffel Tower. Mana sangka, nenek berjumpa dengan orang Malaysia yang juga mengucapkan selamat datang kepada Paris!”

“Apa jadi?”

“Itu pertama kali nenek berjumpa dengan dia. Kami berpisah di situ dan lima tahun kemudian, kami berjumpa kali kedua di situ.. dan tidak mahu berpisah lagi, dia melamar nenek di situ.”

“Adoiii… romantiknya! Dekat Eiffel Tower pula tu!!”

Nenek Sufi tersenyum.

“Kota cinta…” ujar nenek Sufi.

“Nek.. kalau macam tu, saya tekad! Kalau dia bukan untuk saya, saya akan mencari cinta di Eiffel Tower! Macam cinta nenek Sufi ni!” ujar aku, bersemangat!

Nenek Sufi ketawa.

Telefon nenek Sufi tiba-tiba bergetar. Tadi dah bergetar, dia buat tak tahu. Sekarang bergetar, baru tergerak dia nak angkat.

“Speaking of the devil!”

Aku tersengih. Nenek Sufi mengangkat telefonnya itu.

“Nenek dekat bilik pekerja. Ya… jumpa cucu angkat nenek lah. Ya…”

Aku tersenyum apabila mendengar nenek Sufi menyebut cucu angkat. Heh, aku lah tu! Nenek Sufi menutup telefonnya.

“Kejap lagi dia ambil nenek.”

“Ehh tak apalah, nanti saya hantar nenek.”

“Bukan susah pun. Dia kerja sini juga…”

“Ye ke?? Siapa??”

“Iskk.. siapa lelaki yang keluar dalam mimpi Meen tu?”

Ehh nenek Sufi ni, wa tanya dia, dia tanya wa balik!

“Nama dia.. Eif..”

Tiba-tiba…

“Nenek ni!! Buat Eiffel susah hati sajalah. Tengok dalam bilik tak ada! Telefon pun tak berangkat.”

“Nenek baru tersedar. Sorrylah sayang!”

Aku yang ada dekat situ, tergamam… Nasib baikk aku tak cakap!

“Meen… cucu nenek, Eiffel.”

“Err.. ha, ya..” Aku belum habis terkejut lagi. Macam mana ni?? Nenek Sufi dah tahu isi hati aku, dia boleh tekakah siapa?

“Nama Eiffel ini, di ambil sempena Eiffel Tower. Masa Eiffel dilahirkan, atuknya meninggal dunia.” Ujar Nenek Sufi. Bergenang kelopak matanya dengar air mata… namun cepat-cepat dia mengukir senyuman.

Aku memeluk nenek Sufi! Entah kenapa aku rasa sedih pula! Macam cerita Titanic!!

“Berani awak curi nenek saya.”

“Tak curilahh…”

“Jom nenek.. “

“Kerja siap ke?”

Eiffel mengangguk.

“Jom kita lunch! Nenek pun dah lapar. Marilah Meen, makan tengah hari sama!”

Eiffel tersenyum. “Memang dia kena ikut kita makan nek.”

“Sebab??”

“Sebab dia dah tahu yang tuduhan Eiffel ni betul…”

“Betul??” Nenek Sufi mengerut dahinya.

Aku terbeliak kan mataku.

“Jom nek.. jom.. Meen belanja!!” Aku menarik tangan nenek angkat aku itu! Meninggalkan Eiffel yang tersengih-sengih macam kerang busuk! Sakit hati betul bila dia tu selalu saja betul!!

Nenek Sufi hanya tersenyum. Macam-macamlah…

******

Aku duduk termenung, dekat tepi kolam renang. Aku bermain-main air dekat situ. Si Husin sebelah aku, sibuk bercerita tentang marka yang dia jumpa semalam. Banyak lawa, banyak cun.. banyak baikk… Aku menyampah nak dengar tapi aku tadah jugalah telinga aku ni. Sekurang-kurangnya hilang rasa resah dalam hati aku.

Aku meramas nota yang aku terima tadi. Nota yang ditinggalkan oleh Saiful Azhar! Saiful Azhar sudahpun pulang ke KL dan aku ditinggalkan dengan sekeping nota.

“Meen, maafkan saya kerana tidak berterus terang. Pada mulanya, saya nampak awak sewaktu di lobi dulu, saya ingatkan tunang saya yang meninggal itu hidup kembali… saya tercari-cari dia. Satu hotel saya cari, tetapi hampa.. Akhirnya, saya terserempak dengan awak, rupanya awak pekerja hotel dan nama awak seakan-akan dengan arwah. Saya rasa saya dapat Yasmeena saya semula! Namun… setelah awak mendapat tahu, saya rasa malu sangat! Saya memang sepatutnya tidak boleh berbuat begitu kepada awak. Saya sangat menyesal! Saya minta maaf. Saya harap bila saya kembali ke sini, kita boleh menjadi kawan.”

Gila!

Betul lah kata Eiffel, mamat kaya gila.. yang gila! Nasib baik Eiffel cakap betul, kalau tak.. aku dah jadi kes naya. Mahu makan hati berulam jantung!

“Meen… jangan susah hati! Husin ada sini…” ujar Husin.

“Kau ni Husin, dengan aku pun kau nak try. Dengan orang lain pun kau nak try juga. Kau ni tak cukup satu awek ke Sin??”

“Saya bukan mau tackle sama awak Meen.. saya mahu tolong kawan saja Meen.” Ujar Husin..

“Kau boleh tolong…”

“Bolehh.. Tolong apa Meen?”

“Tolong diam! Aku ni tengah mengubat hati yang lara ni.. Nasib baik aku tak serahkan hati aku ni bulat-bulat pada dia. Nasib baik aku ni ada sifat waspada sikit.. kalau takkk… naya aku!” ujar aku, bebel aku… Aku kalau mula membebel.. aku cakap bahasa bangla yang kau pun tak akan faham Husin!

Husin tersengih saja.

“Jangan susah hati Meen. Jodoh yang baik untuk orang yang baik, Meen.”

“Pandailahh kau.”

Aku bingkas bangun, aku nak minta cuti dekat Encik Shahzan lahh!! Tekad aku…

******

“Encik Shahzan! Saya nak cuti.”

Nampak-nampak sahaja muka Encik Shahzan tu, aku terus bercakap dengan dia. Aku tak peduli, dia tengah sibuk ke dia tengah buat kerja ke.. aku nak cuti juga.

Shahzan mengerut dahinya.

“Tak pernah awak minta cuti setelah bertahun bekerja.. Hari ini nak cuti?? Time cuti sekolah ni, orang ramai ni…” ujar Encik Shahzan.

“Saya nak cuti seminggu saja!” ujar aku, desak aku.

“Nak pergi mana?” tanya Encik Shahzan. “Macam tak menyempat sangat!”

“Saya nak pergi Paris! Saya nak pergi Eiffel Tower!! Saya nak merawat hati saya.. dan mencari cinta dekat sana.” Ujar aku. Selamba!

“Gila!!” marah Laila. “Kalau kau geram pun, jangan kau nak bazirkan duit pi Paris tu. Malaysia ni banyak cinta yang kau boleh cari.”

“Takkk.. aku nak pi Eiffel Tower jugak!” tekad aku.

Laila mengelengkan kepalanya.

“Duit boleh cari.. cinta susah nak cari!” ujar aku, tekad. Tak ada siapa boleh halang!

“Erkkk pulakk!!” Laila merengus.

“Bila nak pergi?” tanya Encik Shahzan.

“Besok!”

“Gila ke apaaa…”ujar Laila.

“Aku gamble sajalahh.. “ Aku terus berlalu.

“Saya cuti tau Encik Shahzan!” jerit aku.

Aku gila?? Memang aku dah gila!

Laila dan Encik Shahzan hanya mengelengkan kepala.

******

Aku tak pack barang apa sangat. Aku takut nanti aku sampai dekat airport, tiket tak ada, tak ke malu besar! Orang kata, kalau nak lakukan sesuatu tu biar spontaneous.. Semua orang kata aku gila, memang aku gila pun! Aku nak juga.. Aku dapat rasa, aku akan berjumpa cinta di Eiffel Tower! Aku dapat rasa itu…

Aku sudah sampai di KLIA. Tak ada siapa yang menghantar aku, aku sengaja buat pandai-pandai. Aku dah beli buku translation bahasa melayu-inggeris-perancis. Aku dah tahu sikit-sikit. Nasib baik aku ada passport dan passport aku tak mati lagi! Dulu aku ke Bandung, Indonesia, jalan-jalan ikut trip hotel, itu yang aku boleh ada passport. Merasa jugalah aku naik kapal terbang, walaupun bukan kerap!

“Tiket ke Paris ada?”

“Bila tu cik?”

“Hari ini…”

“Hari ini semua flight tunda cik.”

“Hahhh… kenapa??” aku terkejut.

“Berita baru dapat tadi. Jepun kena Tsunami.”

Berapa banyak kali Jepun nak kena Tsunami ni?

“Errkk.. apa kena mengena tsunami di Jepun dengan Paris pulak?” tanya aku.

“Flight kita semua transit di Jepun, cik…”

“Takkan semua flight kot, cik? Jauh benorr transit di Jepun! Awokk failed geografi.”

Cik tu hanya tersenyum sahaja. Aku menggaru kepala aku yang tak gatal tu!

“Hahh! Jadi saya tak boleh pergi Paris lah ni?”

Cik tu tersenyum lagi.

“Bolehh… dengan saya.”

Aku menoleh ke belakang… Eiffel? Buat apa dekat sini…

“Terima kasih Zara!!” Eiffel mengenyit matanya kepada cik kaunter itu. Aku melihat nametagnya, Zara. Aku pelik! Dia kenal kah? Aku memandang cik itu, dia tersengih.. Errkk aku kena tipu kah?

Eiffel menarik tangan aku!

“Awak gila ke apa?”

“Apa gilanya?”

“Nak pergi sampai ke sana… cari cinta!”

“Siapa cakap saya nak cari cinta dekat sana?” ujar aku. Malu arr.. semua tahu!

“Semua orang cakap…”

“Kalau betul pun kenapa, apa awak kisah pun?” ujar aku.

Aku terus mengusung beg aku, ke tempat duduk yang ada di situ! Adehhh… melepas peluang nak ke Paris pulak! Aku kena fikir cara lain pulak.. Mana tahu.. dari Singapore boleh ke Paris terus. Aku bingkas bangun…

“Nak pergi mana pulak?” tanya dia.

“Saya nak pi tanya tiket ke Singapore. Mana tahu dari Singapore ke Paris pulak!”

Eiffel menarik tangan aku.

“Duduk!!” paksa dia. “Nasib baik saya sempat halang awak, dari merayau ke sana tak tentu hala! Nasib baik cik kaunter tu kawan saya, kebetulan dia jaga kaunter.. kalau tidakk.. awak tu entah ke mana perginya! Duduk sini…”

Aku macam lembu kena cucuk hidung, mengikut arahannya.

“Tak perlu pergi ke mana-mana, Meen!”

“Pulakk!!” Penat saja aku naik train dari Ipoh ke KLIA tauuu!!

“Biar Eiffel datang pada awak!”

“Apa awak ni David Copperfield ke.. boleh lenyapkan menara Eiffel tu, ganti dengan menara KL tu! Gilaa.. Saya nak pergi, jangan halang saya!” marah aku. Suka benar cakap merapu!

“Biar Eiffel datang pada awakk, Meen… Pandang saya!”

Aku memandang dia. Dia berlutut di hadapan aku…

“Biar Eiffel datang kepada awak, tak perlu awak cari cinta pada dia.. Dia akan berikan awak cinta, cinta yang awak nak…”

Aku tergamam..

“Saya, Eiffel.. berikan cinta kepada awak!”

Aku terdiam. Aku ternganga!! Barulah aku faham.. errkk apa lembab sangat otak aku nak proses ni?

“Jangan nak merepek lah Encik Eiffel!”

“Awak tu boleh tak jangan nak menidakkan perasaan awak pada saya! Nenek dah cakap dengan saya dah! Awak mimpi saya kan??”

Glupppp!!

“Mana saya cakap apa-apa pada nenek! Saya mimpi Eiffel Tower!” aku berdalih.

“Nenek tahu, awak tu siapa pada saya!”

“Siapa saya pada awak?”

“Bakal isteri sayalah!”

Aku menjuih bibir aku. “Makcik Munah jual kerepek, jangan nak merepek!”

“Makcik Munah jual kain pelekat, awak dah terpikat!”

Uikss.. balas pulak!

“Makcik Munah jual santan, jangan nak perasan!”

Eiffel tersenyum.

“Makcik Munah jual cawan, awak dah berkenan.”

“Eeiii… makcik Munah jual cebok, jangan nak sibuk!”

“Makcik Munah dah tak jual, jangan jual mahal…”

Aku tiba-tiba ketawa.

“Kenapa ketawa?” tanya Eiffel.

“Dah makcik Munah tak jual.. nak jual apa lagi?“

Eiffel ketawa juga, akhirnya.

“Sudikah awak menjadi isteri saya, menjaga saya seumur hidup awak dan biarkan saya menjaga awak seumur hidup saya?”

Eiffel mengeluarkan cincin dari poketnya.

“Cincin ini dah lama ada pada saya. Nenek Sufi punya cincin. Dia pesan dekat saya, kalau saya jumpa dengan my other half, berikan cincin ini pada dia. Saya yakin, awaklah my other half!! Saya tak ragu lagi…”

Aku terdiam.

“Since when??”

“Since forever… Kalau awak nak compare tingginya menara Eiffel tu dengan cinta saya, tinggi lagi cinta saya! Infiniti!”

Aku ketawa!

“Gilaa!!”

“Memang cinta tu gila.. semua orang tahu tu!”

“Saya tak nak kahwin lagi…”

Eiffel memandang aku.

“Tapi saya nak cincin ini!”

“Habis tu, bila nak kahwin dengan saya?”

“Bila awak janji tak menyakitkan hati saya!”

“Sekarang saya janji… saya tak sakikan hati awak, bolehlah kahwin dengan saya sekarang?”

Aku bingkas bangun… “Tengoklah!”

“Aikk.. mana boleh macam tu..”

“Apa pula tak boleh!”

“Mana aci macam tu…”

“Aci dekat India!”

“Yasmeen!!”

Aku tersenyum! Sengaja aku berbuat begitu.. Selalu kan menyakitkan hati aku! Sekarang ni.. rasakan.

Aku tidak menyangka lelaki yang bakal bertakhta di hati aku adalah Eiffel! Aku suka dia yang gila-gila.. aku suka dia yang suka menyakitkan hati aku, tapi aku tak sangka pula, dia suka menyakitkan hati aku sebab dia suka pada aku. Kata nenek Sufi, cucunya itu menaruh hati pada aku saat aku menuduh dia tu pencuri. Dia kata, dia tidak pernah melihat perempuan yang sangat berdikari seperti aku dan mengorek semua latarbelakang aku pada staf yang lain. Tapi bila dia nampak tangan aku dipegang oleh Saiful Azhar, jiwa dia jadi tak tenang! Dia takut hati aku berubah kepada Saiful Azhar, itu pasal dia bertindak pantas. Mulanya dia mahu mengalah… Itulah orang kata, kalau cinta, cakappp jangan pendam! Nanti melepass…

Nenek Sufi tu sebenarnya dah aimed aku, lama dah. Sengaja dia berlanggar bahu dengan aku! Aku ni pulak, hati suci murni kan, kerjanya nak membantu saja, rupanya aku dahh terkena jerat! Hemm… nenek Sufi, nenek tu memang terbaiklah!

Tak perlu lagi aku ke Eiffel Tower, untuk mencari cinta! Eiffel sudah datang kepada aku!! Ohhh Eiffel, I am in love.. seriously mad in love..

Kadang-kadang, life surprised yourself! ~Syamnuriezmil~


credit : syamnuriezmil

Labels: