Owner Post Them Follow Dash



YAya IEdayah
YAya IEdayah;

Bonjour!



Strive for your dreams, Work hard to get what you like, Otherwise you'll be forced to just like what you get.

Tagboard

Speak clearly, if you speak at all; Carve every word before you let it fall



ApA ItU dIaLeKsIa??

assalammualikum...
hari ni kita akan bercerita 'APA ITU DIALEKSIA'..aku tonton cerita DIALEKSIA.
alah yang dekat chennal ASTRO PRIMA...aku tak tahu apa itu DIALEKSIA and cari kat pakcik google..so ini lah info-info yang aku dapat

Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.
Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.
Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex(diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.
Apa itu Disleksia?
  • Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
  • Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
    • Mempunyai keupayaan intelek yang normal
    • Telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi
  • Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
  • Mereka mungkin mengalami kesukaran
    • Membaca
    • Menulis
    • Memahami
    • Mengeja
    • Mengira
  • Dianggarkan 4–8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
  • Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.
Ciri-ciri penghidapnya
  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Perhatikan ciri-ciri Disleksia pada anak-anak:
  1. Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :
    • Lambat bertutur
    • Mengalami kesukaran sebutan atau rima
    • Sukar menulis nama sendiri
    • Payah mengenal bentuk atau warna
    • Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
  2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
    • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
    • Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
    • Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
      • 15 dengan 51
      • “was” menjadi “saw”
      • ‘b’ dengan ‘d’
    • Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
    • Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
    • Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
    • Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
Masalah yang mungkin dialaminya 
  • Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
  • Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
  • Jika tidak dikenal pasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan
    • Gangguan emosi (seperti kemurungan)
    • Masalah tingkah laku (seperti melawan, kecelaruan tingkah laku)
    • Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)
Punca-punca Disleksia 

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.
Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?

  • Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
  • Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
  • Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.
Rawatan
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial.
Jaga pemakanan anak-anak. Sila rujuk entry Asid lemak perlu merangsang minda.
Membantu anak-anak bermasalah Disleksia

Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
  1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
  2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan
  3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
    1. Terapi pertuturan
    2. Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
    3. Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
      1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
      2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
      3. Merasa pergerakan bibir
      4. Menulis huruf atau perkataan
  4. Langkah-langkah pemulihan :
    1. Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
    2. Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
    3. Gunakan video atau kaset untuk belajar
  5. Program pemulihan khusus :
1.Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia


p/s : ni just copy and past okey....

assalammualikum

Labels: