Apabila Al-Quran menceritakan kejadian tsunami diJepun ; [20 Gambar] 
assalammualikum n hey....
nie yaya nk habak nie...tid dok jaln2 tat org nye blogger 
sekli yaya jumpe nie...
kn skunk ounk dok cer je kn fasal negeri jepun kne tusunami kn
nie hah yaya yaya 2 juk kn ye...
Entri ni, just nak bermusabah diri selepas kejadian tsunami yang berlaku tempohari. Bila
 dikaitkan dengan ayat suci Al-Quran. Ada betulnya.Mari kita fikir sejenak dan renung-renungkan..
*************************************************
Bissmillahhirrahmannirrahim..
SUBHANALLAH... HIKMAH DITEMUI SELEPAS BERLAKUNYA SUATU KEJADIAN....

Sekarang  ni hangat orang dok memperkatakan tentang isu tsunami dan gempa bumi di  Jepun yang memusnahkan hampir keseluruhan Wilayah Sendai pada hari  Jumaat yang lalu.
 
 Jom kita singkap kisah dan fakta di sebalik kejadian tsunami Jepun 11.03.2011.
 
 Fakta kejadian Tsunami di
 Jepun:-Tarikh : 11 Mac 2011 bersamaan dengan 6 Rabiulakhir 1432HRabiulakhir adalah bulan keempat dalam Islam, jadi 11.03.2011 bersamaan dengan 06.04.1432H
Pembuktian dilakukan disebalik tarikh Hijrah ini iaitu 06.04.1432H.
 1432 kita cerakinkan menjadi 14||32
 Jawapannya  boleh diperoleh dari Juz ke-14 di dalam Al-Quran iaitu bermula dengan  Surah Al-Hijr. Tsunami berlaku pada bulan 4. Kita singkap ayat keempat  dari Juz ke-14 ini.. 
 
 "Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya."
 
Pembuktian  seterusnya adalah lokasi. Atau lebih tepat lagi kedudukan berlakunya  tsunami ini iaitu di Negara Jepun. Paling tepat di Wilayah Sendai.  Kedudukan Geografi Jepun adalah pada Latitude 36, Longitude 138.
 Dari  tahun kejadian iaitu 1432, kita telah ketahui akan berlakunya  malapetaka seperti yang disebutkan dalam juz ke-14. Kita cerakinkan pula  32 menjadi 3||2. 
 
 Ambil pula lokasi latitude dan longitude Jepun dan tam
bahkan angka di dalamnya..
3+6+1+3+8 = 21 kemudian 2+1 = 3..
Maka terbuktilah nombor 3 menjadi pilihan..Nombor 3 yang dimaksudkan dalam proses cerakin di atas adalah negara Jepun.
Ambil pula lokasi latitude dan longitude Wilayah Sendai
Latitude 38'15 dan Longitude 140'53
Buat proses penambahan seperti sebelumnya..3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30 kemudian 3+0 = 3
Terbukti: nombor 3 yang tertulis dimaksudkan wilayah Sendai.
Seterusnya kita lihat pada angka 6. Iaitu pada hari ke-6 bulan ke-4 Islam itu.
Jabatan Meteorologi Rusia melaporkan kejadian tsunami berlaku pada jam 1446 mengikut waktu di Jepun.Seperti proses yang dilakukan sebelumnya, kita ulang lagi.
1+4+4+6 = 15 kemudian 1+5 = 6
angka 6 disini membuktikan masa kejadian tsunami berlaku.
Dari tahun 1432H, setelah dicerakinkan kepada 14||32
,  kita cerakinkan pula angka 1 dan 4. Angka 1 boleh diambil sebagai  permulaan hari. Dan di dalam kalendar Islam, Jumaat merupakan permulaan  hari untuk minggu tersebut. Jadi, angka 1 merujuk kepada hari berlakunya  kejadian tersebut.
Lihat..betapa  benarnya ayat-ayat yang diturunkan di dalam Al-Quran. Segala sesuatu  yang tertulis akan tetap berlaku. Walaupun sudah berabad lamanya kitab  Al-Quran ini diturunkan kepada kita, umat nabi Muhammad. Walaupun zaman  semakin berubah, Naskhah Al-Quran tetap kekal sepanjang zaman. 
Dipercayai  terdapat banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat diketahui dalam  tarikh ini. Namun, apa yang tertulis dan terbukti ini pun telah  membuatkan kita lihat sendiri betapa mulia dan agungnya kitab Al-Quran  ini. Setiap sesuatu yang berlaku di dunia ini telah pun disebutkan di  dalam Al-Quran. Hanya tinggal kita untuk mengkaji kalam-NYA.  Wallahualam.. 
Yang benar itu datangnya dari ALLAH dan segala sesuatu yang buruk itu diatas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam..
**Kat  Sini aku tatapkan gambar-gambar Jepun yang dilanda badai.. ambil  pengajaran dan fikirkan sejenak, siapalah kita kalau nak dibandingkan  dengan tuhan.. bila tuhan murka, musibah akan diturunkan serta merta  kepada kita.. sama-samalah kita memuhasabah diri.. 
Wallahualam..
Credit to Hazissac 
Disini,  disematkan lagi dengan gambar-gambar Jepun dilanda badai tsunami untuk  tantapan. Ambil pengajaran dan fikirkan sejenak. Siapalh kita kalu nak  dibandingkan dengan tuhan. Bila tuhan murka, musibah akan diturunkan  serta merta pada kita.  Sama-samalah kita memuhasabah diri...


p/s  :: di persilakan untuk share. bg mengingati kita kembali tentang segala  perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya.  mahupun di dunia atau pun akhirat..
nie yaya amik dari blog
 kepada milik blog jgn mrh ye yaya amin..heheh 
Labels: YAYA DAX BURUNG HANTU
◀  ▶