Owner Post Them Follow Dash



YAya IEdayah
YAya IEdayah;

Bonjour!



Strive for your dreams, Work hard to get what you like, Otherwise you'll be forced to just like what you get.

Tagboard

Speak clearly, if you speak at all; Carve every word before you let it fall



Luahan



Dulu lepas aku gagal selama 2 tahun bercinta dengan si guna tu, aku memang sangat berjanji dan tekad sampaikan aku berdoa kt Allah.

“ Ya Allah, kau tolong la tekad dan tutupkan la pintu hati aku untuk tidak terima sesiapa pun untuk masuk kedalam hati aku, kedalam hidup aku. Hati dan hidupku sudah berkecai ya Allah, sakit hati ni tak tertanggung. Penat mata ini selalu menagis. Penat otak ini berfikir dimana salah aku, dimana usaha ku yang tidak aku korbankan sehinggakan aku dipijak dan dihina di sakiti oleh lelaki yang aku cinta, oleh keluarga lelaki yang telah aku berjanji untuk menjaga. Apa kurangnya usaha aku sehinggakan maruah aku diabaikan oleh lelaki yang aku sayang. Cukup Ya Allah aku dah penat.”  

Hari-hari aku rasa sakit, berat untuk terus hidup sampaikan aku tak thu mana aku nak letak campak hati yang sakit ni. Dan akhirnya aku relakan diri ini sembuh dengan sendiri, tanpa memandang atau tanpa mengantikan mana-mana pun lelaki. 

Dan pada ketika aku cuba ajar hati aku untuk tidak berpaut dengan kata-kata lelaki, aku mengenali diri dia. Aku cuba untuk terima diri dia yang berjanji takkn sakitkan hati aku dan dia juga sama mengutuk lelaki yang menghancurkan diri aku. Permulaan yang meragukan tapi dia berjaya menyakinkan bahawa diri dia bukan seperti si tak guna itu. Aku bahagia dengan apa yang dia janjikan, apa yang dia perlakukan. 

Sebelum aku bertemu dengan dia, sepanjang perjalanan dari JB ke Baling aku berdoa.

“ Ya Allah, betul ke kau temukan aku dengan si dia? Betul ke kau rasa dia yang tepat untuk aku setelah aku mengadu pada mu bertapa hancurnya aku. Lelaki ini ke yang kau temukan untuk aku? Lelaki ini ke yang sahabat-sahabat ku doa untuk aku? Kalau betul dia ya Allah tolong permudahkan perjalanan aku bertemu dia ya Allah.”

Usai sampai aku di homestay, semasa semua kawan-kawan aku beradu untuk kumpul tenaga. Aku dengan penat seharian berdoa dan berfikir, sehingga berulang kali aku bertanya pada hati. “ Betul dia yang kau suka? Betul ke dia yang kau pilih setelah kau hancur?”

Akhirnya, aku yakin untuk start enjin kereta dan pergi tempat dia berkerja dengan setinggi harapan aku. Dan time tu aku cuba untuk yakin. Dia yang hati aku pilih atas sebab pegangnya kata-kata dia pada aku. 

Malam tu walaupun aku penat tapi aku gembira sebab aku fikir dia la yang terakhir walaupun aku tahu akan banyak proses yang akan aku lalui, tapi kalau betul dia jodoh aku, maka akan aku tunggu prosesnya hingga berjaya. 

Sepanjang hari bersamanya aku gembira, hati aku terubat, ianya seperti retakkan itu tertutup tanpa ada cacat cela. 
Hingga satu hari, hati aku hancur lagi sekali dek sebabkan dia ingin menunjukkan dia benar-benar setia tapi malangnya, ada tersimpan satu penipuan. 

Lagi sekali, aku menyangkal tapi bukti cukup kuat sehinggakan aku sendiri yang mencari bukti dan aku yang membaca semua isi kandungan antara dia dengan perempuan itu. Hati aku rapuh, hati aku hancur lagi sekali. Aku seperti tak percaya, rupanya dia sama saja seperti yang lepas. 

Tapi, setelah dia berjanji tak buat lagi, dia meminta maaf atas khilafnya, aku cuba menutup retakkan yang mulanya telah sembuh tapi retakkan itu tidak sempurna. 

Salah aku juga, selepas kejadian itu aku selalu bersangka buruk, tiada lagi kepercayaan aku pada. Sehinggakan mungkin dia juga sudah penat. Aku terlampau kecewa sehingga aku sendiri merosakkn hubungan aku dengan dia. Aku melukai dia dengan fizikal dan mental. Aku jadi tidak normal, aku cuba untuk tetap positif tapi tidak boleh. 

Aku berharap walaupun agak lama untuk tunggu dia berproses berjaya dan dewasa aku akan tetap menunggu sebab aku dah berdoa pada Allah yang dialah imanku dan jodohkuu. 

Sekarang kami berdua dah berpisah atas permintaan dia. Aku terima tapi hati aku sakit. Setiap hari aku rindu, setiap hari aku tidur dengan memori yang tersimpan. Aku menagis dalam tidur dan berharap aku akan jumpa dalam mimpi. 

Aku masih berharap dan berfikiran positif. 

“Mungkin dia sedang berjuang untuk berjaya, selepas ini dia pasti akan kembali untuk aku, untuk halalkan aku.”

Dan kini, aku hanya melihat gambar dan meluahkan bait rindu bila melihat memori itu. Aku juga tidak mencari, semua socmed aku cuba padamkan. Aku sudah penat. Aku hanya disini. Sendirian hanya diri aku dan kehidupan aku yang perlu aku teruskan, kerjaya aku yang perlu aku tingkatkan. 

Jika dia dengan yang lain tidak mengapa lah, aku terima saja kerana dia pun masih muda. Untuk aku, jika tiada jodoh aku dengan sesiapa pun aku tidak mengapa. Aku tetap akan teruskan hidup. 

 


Pertarungan dalam kepala



Setiap malam banyak benda yang aku kena berlawan dalam isi kepala. 

Pasal kerjaya

Pasal kehidupan 

Pasal cinta 


Ada sampai satu tahap, sepatutnya waktu untuk otak berehat dan mata terpejam tidur menjadi terbantut.


Sebab bertarung dengan masalah isi kepala. 

Benda yang bila diceritakn pada orang, orang akan berkata “ benda remeh jadikan isu.” 


Tidak isu bila kau hanya jadi seorang pendengar dan bukan seorang yang perlu alami.


Banyak benda yang sebenarnya aku nak kalau boleh balas balik supaya hati atau otak aku puas. Supaya aku merasa tenang. Tapi kalau aku lakukan adakah ianya betul-betul satu ketenangan? Atau akan merasa merundum sebab penyesalan? 


Ada cerita disebalik semuanya terjadi. 


Tetang tidak kepuasan hati di tempat kerja kalau boleh aku nak balas balik perbuatan orang tu, aku nak luahkan apa yang terpahat selama 6 tahun. 


—————————


Tetang trust issue yang boleh stopkan insecurity. Ini mengenai past relationship aku yang dulu gagal disebabkan jantan miskin tak guna sebab gila VCs, gila betina and mengikis and buruk-burukkan aku sedangkan aku dh keluarkan semua effort aku untuk family dia. Plus plus my current yang aku selalu terfikir betul ke? Kenapa? Apa tak cukup? Effort yang mana kurang? In this part, aku just nak reveal or viral perangai dia biar malu dan bagi balik duit and barang-barang aku. 


Disebabkan perkara tu aku jadi trauma dengan relationship aku yang baru. Aku selalu keep blame and tuduh dia memacam. Sebab masa mula-mula nak start relationship pun kepercayaan aku dah pecah berganda-ganda. Tapi alhamdulilah dia dah elok (mungkin) .


Sebenarnya ada juga yang buat aku acap kali kecewa dengan relationship ni. 

Dari segi masa dan perhatian.

Aku pun berkerja, kerja aku main dengan nyawa lagi tapi aku balik kerja masih boleh bagi masa. Maksud aku boleh kalau dia nak call ke vc ke. Itu pun dah cukup walaupun sekejap. Kitaorang ni jauh, satu di selatan ft utara, nak jumpa pun kena kumpul duit dulu. Sebab tu aku memang kalau boleh berharap sangat dia cari masa untuk sehari tu 2 kali call ke vc aku. Biar hati aku lega.


—————————


Buat masa sekrang aku cuma balas balik depan-depan apa yang terjadi sampaikan aku rasa mam eyyyy fuck up betul la tempat kerja ni, medical toxic. 


Macam kau hidup mati kat situ juga. 


Kalau aku dikeluarkan disebabkan perangai aku yang kuat merentan sebab aku rasa aku betul and aku dah explaint tapi masih dipersalahkan. Sumpah. Itu memang sial. 


Aku kena fikir dulu macam mana nak start awal becerita. Sebab case ni aku buat kerja elok, pantas ke apa tak ada pulak yang puji. Tapi bila salah fuhhh kemain lagi.


Tapi cuba kalau dia atau orang yg konon dia dok menempel buat salah, fuhh ayat dia mcm babi “ eh tak apa, kita dah settle. Duduk je la dulu,” 


Ahhhh ayat cem gampang. Tu belum menengking aku macam aku ni budak-budak. Tapi tak ada sikit pun perkataan maaf dari mulut dia. Aku pulak yang kena mintak maaf. Tak kisah part maaf tu,  tp masalahnya dia yang tengking aku. Ada je salah dia cari, kan babi tu namanya..


Hmmm , tu kalau aku mengamok drpan dia and ungkit satu-2 and akk-2 ward pulak yang dengar, sama je aku juga yang disalahkan.  Dia tak pernah salah. 


Pekerja baguskan.. yela yelaa. 


—————————


So nanti aku cerita la apa yang jadi mengenai tempat kerja aku yang buatkan aku rasa eyy sial gampang betul.